Rasid Mail, Joseph dan Arthur menang anugerah

JOSEPH TANGAH DAN ARTHUR YC CHUNG

KOTA KINABALU: Buku  bertajuk Pelaksanaan Perakaunan Asas Akruan dalam Sektor Awam di Malaysia Isu Kewajaran dan Kesesuaian tulisan  Rasid Mail,terpilih sebagai Penerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2020/2021 bagi Kategori Terbitan DBP.

Manakala, buku bertajuk Monyet Bangkatan di Hutan Bakau Sabah, penulis Joseph Tangah dan Arthur Y.C. Chung, tahun terbit 2021 bagi Kategori Terbitan Luar, iaitu Jabatan Perhutanan Sabah.

RASID MAIL

Anugerah ini adalah  pengiktirafan dan penghargaan bertaraf negeri terhadap buku yang bermutu tinggi hasil karya penulis Sabah khusus untuk penulisan buku umum.

Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk menggalakkan penulis, pensyarah, penyelidik dan golongan profesional dalam kalangan warga Sabah menulis buku umum; memberikan penghargaan kepada penulis yang berjaya menghasilkan bahan bacaan berkualiti khususnya buku; dan memperbanyak penerbitan buku umum dalam bahasa Melayu yang mengetengahkan pelbagai aspek berkaitan citra dan kearifan tempatan negeri Sabah.

Pihak Urus Setia telah membuka penyertaan anugerah ini pada 31 Mac 2022 hingga 10 Jun 2022. Sebanyak 11 penyertaan  diterima, iaitu dua (2) buah buku terbitan DBP dan sembilan (9) buah buku terbitan luar.

Penerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2020/20221 akan menerima hadiah berupa wang tajaan Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM5000.00 bagi kategori terbitan DBP dan RM5000.00 bagi kategori terbitan luar.

scroll to top