Realisasikan Negara Malaysia Baharu bersama Harapan – Awang Husaini

SERTAI UPKO ... Paul (enam kanan) menyerahkan borang seramai 1,288 ahli baru bagi menyertai UPKO kepada Ewon.

PUTATAN: Calon Pakatan Harapan Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Haji Awang Sahari meminta masyarakat terutamanya ibu bapa untuk menginggatkan anak-anak mereka melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemilih.

Katanya, pilihanraya kali ini bukannya pilihanraya untuk mencari 200, bukan pilihanraya mencari 500 dan bukan juga pilihanraya mencari 1,000.

SEMANGAT … Husaini (kiri) bersama Paul dan Ewon pada majlis itu.

“Tetapi pilihanraya kali ini adalah untuk mencari sebuah negara baharu Malaysia yang lebih baik, sebuah negara yang lebih bersih  dan dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri.

Katanya, kita cuma ada 10 ke 11 hari saja lagi untuk menetukan angin perubahan, dan apa yang diubah itu..ubah itu adalah ‘hope’, hope agar Malaysia ini dapat ditransformasikan menjadi sebuah negara Malaysia yang baharu.

“Rakyat perlu memilih gabungan politik yang menjadikan pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa sebagai agenda utama dalam kerajaan yang bakal dibentuk.

SEBAHAGIAN jentera dan masyarakat Putatan dan Penampang yang hadir pada program itu.

“Kerana rasuah, negara kita binasa. Banyak agenda pembangunan menjadi bermasalah kerana salah guna kuasa. Kita perlu ubah Malaysia, kita perlu ubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Menurut beliau lagi, dalam tempoh yang singkat ini, rakyat di kawasan Parlimen Putatan ini perlu bangkit dan bangun untuk bersama-sama merealisasikan impian gabungan keempat-empat parti dalam Harapan ini, yang mempunyai misi mengubah negara Malaysia menjadi sebuah negara Malaysia baharu yang lebih baik.

MESRA … Awang Husaini bertegur sapa bersama Donald sebelum berangkat pulang selepas program itu.

Awang Husaini berkata demikian pada Majlis Pelancaran Penaja Parti UPKO Putatan yang diadakan di Kediaman mantan Ahli Parlimen Penampang Paul Nointien, di Kampung Tombovo, di sini pada Isnin.

Turut hadir di majlis itu ialah calon Harapan Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, Datuk Dr. Marcus Mojigoh dan Datuk Donald Peter Mojuntin.

Dalam pada itu menurut Awang Husaini, kekuatan kombinasi gabungan parti-parti yang terdapat dalam Harapan sama ada parti-parti yang berpusat di Semenanjung untuk mempertahankan negara dengan parti lokal yang mempertahankan negeri diyakini mampu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang baik, mewujudkan satu Malaysia yang baharu yang dimiliki oleh rakyatnya sendiri.

Beliau mengharapkan agar masyarakat Putatan akan memberikan kepercayaan kepada calon Harapan pada pilihanraya umum ke-15 kali ini demi merealisasikan sebuah negara Malaysia yang lebih baik, negara Malaysia yang baharu yang ditadbir oleh sebuah kerajaan peduli rakyat, bebas rasuah dan tidak salah guna kuasa.

ORANG LAMA … Marcus Mojigoh turut menyampaikan ucapan pada program berkenaan.

Pada masa sama katanya, jentera pilihanraya Parlimen Putatan akan turut membantu calon Harapan Parlimen P.174 Penampang Datuk Ewon Benedick bagi menawan Penampang.

“Dengan keyakinan rakyat dan dengan keyakinan gabungan empat parti dalam Harapan, dan keyakinan ‘Hope’  yang berkibar di bendera kita dan tercetak di baju-baju jentera, kita akan bersama-sama robohkan ‘benteng Penampang’ itu.

” Saya yakin, kekuatan ‘adik beradik Penampang dan Putatan’ ini, benteng Penampang kita akan dapat robohkan dan ratakan,” tegasnya penuh semangat.

Pada majlis itu turut diadakan penyerahan borang keahlian seramai 1,288 ahli baru yang datang dari pelbagai parti termasuk StarSabah ke dalam parti UPKO yang diketuai dan disampaikan oleh Paul Nointien kepada Ewon Benedick.

KENANGAN … Awang Husaini dan Marcus Mojigoh merakamkan kenangan bersama hadirin.

Mengulas megenai kemasukan Paul Nointien bersama dengan 1,288 ke dalam UPKO Ewon yang juga Presiden UPKO sangat mengalu-alukan penyertaan Paul Nointien yang juga Ketua Penaja UPKO Bahagian Putatan.

Katanya, memang UPKO bahagian Putatan sudah lama diwujudkan tetapi tidak aktif dalam dua tahun ini.

“Tetapi dengan penyertaan Paul Nointien pada hari ini, saya amat yakin bahawa UPKO bahagian Putatan bukan saja dapat menyumbang kepada kekuatan parti UPKO tetapi lebih penting penyertaan beliau dan ahli-ahli akan menyumbang kepada kemenangan calon Pakatan Harapan di Parlimen Putatan iaitu Awang Husaini,” tegasnya.

scroll to top