RM20 bilion bakal diperuntukan untuk projek-projek BIMP-EAGA

MESYUARAT… Mesyuarat di antara A.O Group of Companies dan IJH Consultancy dengan Pejabat Special-Envoy BIMP-EAGA Sabah yang dipengerusikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

KOTA KINABALU: Sejumlah RM20 bilion  bakal diperuntukkan untuk projek-projek  BIMP-EAGA yang dikelolakan  oleh Bahagian Pelaburan & Projek, Pejabat Special-Envoy, BIMP-EAGA Negeri Sabah yang bekerja keras semenjak diwujudkan.

Menurut Pejabat Special Envoy, perkara itu dimaklumkan dalam  mesyuarat di antara A.O Group of Companies dan IJH Consultancy dengan Pejabat Special-Envoy BIMP-EAGA Sabah .

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Special-Envoy, BIMP-EAGA Sabah.

Dana pelaburan adalah daripada Bank di Jepun dan akan disalurkan mengikut undang-undang negara Malaysia dan peraturan amalan perbankan yang berkuatkuasa.

“Seterusnya mesyuarat susulan akan diadakan untuk  menilai proposal komersial dan Teknikal bagi setiap projek yang terpilih di bawah Bahagian Pelaburan & Projek, Pejabat Special-Envoy, BIMP-EAGA Negeri Sabah,” katanya.

Adalah dijangka dengan terlaksananya projek-projek  BIMP-EAGA kelak, ia akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan peluang menjana pendapatan selain daripada manfaat yang akan dikecapi hasil daripada pembangunan infrastruktur di kawasan komuniti yang terlibat.

Menurut beliau, ia adalah sebahagian dariada inisiatif untuk membantu dalam Pemulihan Sosio Ekonomi Negeri Sabah, di bawah Sabah Maju Jaya pimpinan Ketua Menteri Sabah.

Perjanjian di antara pelabur dengan pemilik projek yang diluluskan oleh jawatankuasa khas pelabur akan dimeteraikan dalam masa yang terdekat, katanya.

scroll to top