Robert Hulur Sumbangan Bantu Pasakit

SUMBANGAN KEWANGAN…Jennifer menyampaikan sumbangan kepada Elin.

BINGKOR: Ketua Wiranita StarSabah Bahagian N.40 Bingkor, Jennifer Epil mewakili ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Elin Palidan@Elin Pelidan dari Kampung Merampong yang memerlukan sokongan kewangan untuk menampung kos rawatan perubatan yang ditanggung oleh beliau.

Elin Pelidan menerima sumbangan berkenaan dengan ucapan ribuan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan beliau.

Semoga sedikit sumbangan daripada Datuk Robert ini dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga dan didoakan beliau cepat sembuh dan pulih dari penyakit yang dihidapinya dan dapat menjalani rutin harian seperti sediakala.

Hadir sama semasa penyerahan sumbangan adalah Pengerusi JPKK Kampung Merampong Said Siapen,Ketua Wiramuda STAR Bahagian Bingkor Florian Ilon dan AJK Wiranita StarSabah Bingkor.

scroll to top