Robert Iringi Dr Jeffrey Lawat Jalan Putus

TAKLIMAT….Dr Jeffrey dan Robert mendengar taklimat yang disampaikan Zulkefli.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor, Datuk  Robert Tawik @Nordin merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah  mengiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan melawat jalan yang  terputus dan sedang dalam kerja membaik pulih di Kilometer 14 Keningau – Apin-Apin dan Kilometer 16 Keningau – Apin-Apin.

TINJAU…Dr Jeffrey dan Robert meninjau keadaan jalan yang terputus.

Mereka seterusnya mendengar taklimat ringkas daripada Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Keningau, Zulkefli Salip Arjud.

Hadir sama pada lawatan ini Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson; Jurutera Kanan Jabatan Pengairan Dan Saliran, Ir Dachord Muojing;  Penolong Pegawai Daerah, Edward Bongsu dan PPM Bingkor, Junior Fred.

SERAH KUNCI…Dr Jeffrey menyerahkan kunci kepada Wong.

Beliau seterusnya mengiringi  Dr. Jeffrey  yang juga Ahli Parlimen Keningau untuk menyerahkan kunci rumah kediaman kepada  Wong Su Fen di Kampung Sigapon yang disumbangkan  oleh Dr Jeffrrey.

Hadir sama Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson dan PPM Liawan, Fred Toyong.

scroll to top