Robert Pastikan Kesejahteraan Rakyat Terus Diutamakan

MELAWAT…Robert melawat tapak pembinaan jambatan konkrit kampung Sasaie.

BINGKOR: Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri terus turun padang bagi memastikan projek-projek kerajaan dijalankan bagi memberikan kemudahan asas kepada rakyat dijalankan dengan teratur dan siap mengikut jadual.

Di celah-celah kesibukannya menjalankan tugas melayani rakyat, beliau sempat membuat lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Konkrit di Kampung Sasaie Jalan Bingkor bypass.

Ketibaanya disambut oleh  Jurutera JKR Bahagian  Keningau , Zulkefli S Arjud. Turut bersama dalam lawatan itu ialah  wakil kontraktor pelaksana iaitu Syarikat  Konsesi Globinaco bagi memastikan persiapan oleh kontraktor pelaksana berada pada keadaan bersedia.

Semasa lawatan,Jurutera Bahagian JKR  memberi taklimat dan  penerangan kepada Datuk mengenai pelan pembinaan dan susun atur pelaksanaan.

Beliau juga memberitahu bahawa laluan jalan bypass  berkenaan ditutup penuh sehingga kerja pembinaan selesai bagi memastikan proses kerja berada pada tahap sepenuhnya agar tiada ruang yang dibazirkan hingga mengakibatkan kelewatan.

Beliau juga memohon agar penduduk yang biasa menggunakan laluan berkenaan bagi menjalankan  rutin harian supaya dapat bersabar untuk sementara waktu dan menggunakan laluan-laluan alternatif yang sedia ada.

Jurutera juga  terima kasih  Datuk kerana atas usahanya maka pelaksanaan pembinaan jambatan konkrit yang baharu ini akhirnya dapat direalisasikan.

Sementara itu, Robert berpuashati dengan tahap kesediaan oleh pelaksana bagi memulakan kerja kerja pembinaan yang  akan dimulakan  dalam masa terdekat .

TAKLIMAT…Robert diberi taklimat mengenai pembinaan jambatan bagi menggantikan jambatan lama.

Beliau juga berharap para pengguna laluan jalan berkenaan dapat bersabar dan nemberikan kerjasama kepada pihak kontraktor yang melaksanakan pembinaan selain menggunakan jalan alternatif yang ditentukan.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Jurutera Jabatan Air  Keningau Doddy Jude, Pen Jurutera PDK Keningau Pegawai Perhubungan Parlimen P180 Keningau Lectus Fung, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor Junior Fred Vincent, kakitangan Pejabat ADUN dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor.

scroll to top