Robert Puji Operasi Pemberian Vaksin Di PPV Bingkor

MEMBANGGAKAN…Robert menyapa petugas kesihatan yang bertugas di PPV Bingkor.

Oleh ABDUL NADDIN SHAIDDIN

BINGKOR: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik berpuas hati dengan pemberian suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Bingkor pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor memuji pengoperasian PPV yang berjaya memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

PUAS HATI…Robert mendengar penerangan mengenai operasi PPV Bingkor.

“Sambutan yang diberikan oleh masyarakat juga amat membanggakan,” katanya kepada Sabah360online.com.

Selain itu, Robert juga memuji orang ramai kerana  mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

DISENANGI….Penerima dos kedua, Dakoh Rangganon memberitahu sesuatu kepada Robert.

Beliau berharap operasi PPV terus berjalan lancar bagi memastikan semua penduduk mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah  Ketua Masyarakat Cina N.40 Bingkor, Mr. Yong Wing On dan Mr. Frankie Fong yang turut membawa 60 nasi lemak McD untuk disumbangkan kepada petugas dan sukarelawan di PPV Dewan Masyarakat Bingkor.

scroll to top