Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN
BINGKOR: Kemajuan dalam bidang pendidikan adalah salah satu aspek yang sentiasa mendapat perhatian utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin dalam membangunkan kawasan diwakili.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri sentiasa prihatin terhadap pencapaian pelajar serta memberikan galakan dan dorongan kepada mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Kelmarin, beliau menghulurkan sumbangan kepada seorang pelajar yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Datuk Robert melalui Pembantu Khasnya Puan Olivia Justin kepada Peter Masitol yang mewakili anaknya iaitu Adik Malcom yang akan melanjutkan pengajiannya ke IPT (UNIMAS).
Semoga sedikit sumbangan ini bermanfaat dan diharap dapat meringankan bebanan keluarga,” katanya sambil mengucapkan tahniah selamat maju jaya kepada adik Malcom yang berjaya melanjutkan pengajiannya.
Sementara itu, Peter mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan keikhlasan Datuk Robert menghulurkan sumbangan berkenaan.
Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebanannya dalam membiayai mempersediaan pembelajarannya di universiti.