Robert Serah Komputer Untuk DPC Keningau

SET KOMPUTER…Robert (dua dari kanan) menyampaikan set komputer untuk kegunaan Diocesan Pastoral Centre.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor, Datuk Robert Tawik @Nordin yang juga Pembantu Menteri kerja Raya Negeri Sabah meluangkan masa menyampaikan satu set komputer untuk kegunaan Diocesan Pastoral Centre Keningau, yang diterima oleh Father David Gasikol.

Beliau berharap semoga melalui sumbangan itu dapat membantu mempermudahkan dan melancarkan urusan pihak Diocesan Pastoral Centre Keningau.

Father David merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk atas sumbangan komputer berkenaan.
”Dengan adanya komputer ia dapatlah digunakan mempermudahkan kerja kerja urusan di Diocesan Pastoral Centre Keningau,” katanya.

scroll to top