Robert Serah Lembu Korban Kepada Tiga Masjid

SERAH LEMBU…Robert menyerahkan lembu korban kepada Masjid Ukhuwah Apin-Apin yang diterima Pengerusi Masjid, Haji Mokhsin Salleh

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin menyerahkan lembu korban kepada tiga buah masjid sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1442H.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyerahkan lembu korban kepada Masjid Ukhuwah Apin Apin yang diterima Pengerusi Masjid, Haji Mokhsin Salleh dan kemudian kepada Masjid At Taqwa yang diterima oleh Bendahari Masjid, Maidin Mursidi.

Selepas itu, beliau menyerahkan lembu korban kepada Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor yang diterima oleh Setiausaha Masjid, Kamaruddin Said.

Beliau menyeru agar umat Islam sentiasa menghayati makna ibadah korban kerana ia mengandungi pengajaran yang banyak untuk dilaksanakan.

Robert berharap  agar masyarakat sentiasa mematuhi SOP dalam menjalankan ibadah korban agar ia dapat dilaksanakan dalam keadaan yang baik.

Turut hadir dalam majlis penyerahan lembu korban itu  ialah Penolong Pegawai Daerah, Yusof Ag Ali, Ketua Daerah N40 Bingkor, Daniel Pelangi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor, Fred Vincent,Ketua Biro Agama Islam DUN N40 Bingkor, Haji Yazid Mohhd Hasnan Tawik @ Charles, Staf UPPM dan Staf N40 Bingkor.

scroll to top