Robert Sumbang Bantuan Untuk Pelajar

UNTUK MENYAPKAN PROJEK….Kumpulan Ethel, terdiri dari Ketua, Ececally R Christianus menerima sumbangan daripada Nur Farhana Yazid.Turut kelihatan ialah Penolong Ketua, Florence Joane Isabilla Sabinus (kanan hujung), Setiausaha ,Fresca Erna Edward ( kiri hujung)dan AJK Mohd Yaznizam Yazid (dua dari kiri).

Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

KENINGAU: Bidang Pendidikan dan kemasyarakatan sentiasa mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik  @Nordin yang terus memberikan sumbangan kepada pelajar untuk menjayakan program mereka.

Terbaru, beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri menyumbangkan bantuan kepada komuniti kemasyarakatan Projek Akhir Tahun Diploma Dalam Pharmacy Kolej MASHA.

Sumbangan berkenaan adalah untuk membantu projek aktiviti kemasyarakatan bagi memenuhi projek akhir tahun para pelajar yang terlibat.

Sumbangan  disampaikan oleh Nur Farhana Yazid mewakili  Datuk Robert  Tawik @Nordin kepada Ketua Ketua kumpulan Ethel, Esecally R Christianus.

Robert  berharap dengan sumbangan berkenaan, ia diharapkan  akan dapat membantu melaksanakan dan menjayakan projek yang akan dilaksanakan oleh kumpulan pelajar berkenaan.

Beliau mendoakan agar semua pelajar mendapat menyiapkan projek mereka dan memperolehi kelulusan yang cemerlang.

Sementara itu Ketua Kumpulan Ethel,  Esecally  menyampaikan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert Tawik @Nordin atas pemberian sumbangan kepada pelajar.

“Sudah tentu kami para pelajar amat terhutang budi di atas keikhlasan Datuk ini,” katanya.

Kami akan menggunakan sumbangan ini untuk melaksanakan projek aktiviti yang akan dijalankan iaitu menyumbangkan bantuan bahan makanan kepada Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah.

Projek ini dijalankan bagi memenuhi kehendak objektif projek kursus akhir kami di Kolej MASHA.

“Kami mendoakan kepada Datuk diberikan kekuatan dan diberikan kesihatan yang terbaik,” katanya.

scroll to top