Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan daripada pemimpin-pemimpin STAR Bahagian N35 Sindumin bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan permasalahan rakyat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor memberitahu beliau sentiasa mengambil perhatian terhadap apa sahaja perkara yang dibincangkan dan disampaikan kepadanya demi kebaikan rakyat.
Antara yang mengunjungi beliau di pejabat Pembantu Menteri Kerja Raya di ibu negeri ialah Ketua Bahagian Star N35 Sindumin, Eric Suab , Naib Ketua Bahagian 1, Daring Bian dan Ketua Wirania, Puan Sylvia.
Kunjungan berkenaan dilakukan dengan mematuhi SOP yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.