RUU Anti-Lompat Parti kemenangan untuk PBS

POTONG KEK ... Maximus (tengah) bersama pemimpin tertinggi PBS memotong kek ulang tahun 37 parti itu.

KOTA KINABALU: Selepas 37 tahun, akhirnya, Parlimen bersetuju dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengenai keperluan mewujudkan Undang-undang Anti-Lompat Parti di negara ini.

Sebagai salah satu perintis dalam undang-undang anti-lompat parti, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menegaskan PBS sememangnya menentang kelakuan sedemikian.

“Kelakuan sedemikian umpama dosa, Ia adalah pegangan politik yang tidak berprinsip. Bagi kami, perbuatan anti-lompat parti sangat jahat, tidak adil, tidak mempunyai etika dan adab yang baik.

“Ketika PBS membentuk kerajaan negeri, kami permah memperkenalkan undang-undang anti-lompar parti pada 1988,tetapi PBS bersendirian dalam perjuangan tersebut. Badan kehakiman kemudian menentang kami dan mengisytiharkan peruntukan Perlembagaan Negeri mengenai anti-lompat parti ini haram,” katanya.

Maximus berkata demikian semasa majlis makan malam ulang tahun ke-37 parti itu, diadakan sini, sederhana tetapi penun bermakna, dihadiri kira-kira 150 tetamu.

“Syukurlah, 37 tahun kemudian, Parlimen telah bangun dan bersetuju dengan kami dalam PBS bahawa budaya lompat parti adalah teruk dan tidak boleh dibiarkan merosaki politik kita. Ini adalah pencapaian bersejarah dalam perjuangan politik PBS!” katanya.

Beliau, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), menambah bahawa sejak penubuhan parti itu pada 1985, PBS diuji dengan pelbagai cabaran, ada yang mengherdik, malahan segelintir meramal parti ini tidak akan bertahan lama.

“Tetapi kami telah buktikan mereka salah. Kami masih di sini, dan akan terus berjuang untuk kebaikan rakyat dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata PBS akan terus menyokong penuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sambil menambah ketabahan dan semangat kuat PBS adalah tunjang perjuangan untuk mengukuhkan lagi GRS.

“Kami menyokong gabungan parti yang berkualiti, terutama sekali yang menyediakan rangka kerja terhormat untuk Sabah. Negeri kita progresif, selamat dan penduduk berbilang kaum. Kami tidak mahu satu gabungan yang bermusim, yang datang dan pergi.

“Oleh itu, yang paling penting ialah memilih dan mengenali rakan kongsi kita, bina kepercayaan dan perkongsian sejati. Kita tidak perlu tergesa-gesa untuk menerima parti baharu yang masih belum terbukti kesetiaan dan agenda sebenar mereka,” katanya.

Beliau menambah bahawa fokus GRS adalah untuk melindungi rakan kongsi asal dan mengukuhkan lagi perpaduan dalamannya.

scroll to top