KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 kelmarin (29 Ogos) adalah sebanyak 2,578 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 142,939 kes.
Sebanyak 46 kes kematian dilaporkan kelmarin iaitu 11 kes di Tawau, 10 kes di Kota Kinabalu, sembilan (9) kes di Sandakan, tiga (3) kes di Tuaran dan Keningau, dua (2) kes di Kinabatangan, Penampang dan Kalabakan manakala Papar, Kudat, Putatan dan Lahad Datu masing-masing mencatatkan satu (1) kes kematian. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 1,722 menjadikan jumlah kumulatif 109,311 orang.
Seramai 5,003 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,487 orang di hospital, 3,457 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 50 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan (9) orang di fasiliti swasta.
Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 214 orang dan 75 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Tiada perubahan zon merah dicatatkan.
Jumlah Kes harian masih tinggi tetapi lebih rendah daripada hari Sabtu. Jumlah kes kelmarin ialah (2,578) kes iaitu penurunan sebanyak (-256) kes berbanding (2,834) kes yang dicatatkan semalam (28 Ogos 2021).
Tuaran mencatatkan penambahan (+288) kes dimana hampir 84% kes di daerah itu adalah di kalangan Kontak Rapat.
Kes di Daerah Penampang pula turun (-268) kes dan secara keseluruhan 41% adalah daripada Saringan Bergejala.
Secara keseluruhan Saringan Bergejala ialah 28.78% atau (742) kes sementara Saringan Kontak Rapat menyumbang 62.26% atau (1605) kes dan Saringan Kluster hanya (30) kes.
Kota Kinabalu merekodkan peratusan Saringan Bergejala yang paling tinggi yakni 42.5% atau (249) kes. Daripada (2,578) kes, (2,356) atau (91.4%) adalah warganegara dan (222) kes adalah bukan warganegara.
Daripada (2,578) kes baharu kelmarin, (1,064) kes atau 41.27% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, (171) kes atau 6.63% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan (207) kes atau 8.03% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.
Sejumlah (2,507) atau 97.24% pesakit dengan pecahan sebanyak (620) kes daripada Kategori 1 dan sebanyak (1,887) kes daripada Kategori 2, (13) pesakit dalam Kategori 3, tujuh (7) pesakit dalam Kategori 4 dan (25) pesakit dalam kategori 5. (26) kes masih dalam siasatan lanjut.
61% atau (1,572) kes daripada keseluruhan kes adalah berumur antara 18 hingga 59 tahun, (509) kes berumur antara 6 hingga 17 tahun dan (228) kes berumur lebih 60 tahun.
Terdapat (235) kes merupakan kanak-kanak yang berumur 1 hingga 5 tahun dan (34) kes adalah bayi berumur di bawah 1 tahun.
Setakat 28 Ogos 2021, 56.3% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi sekurang-kurangnya satu dos dan 37.1% telah pun melengkap pengambilan vaksin.
Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID- 19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (1,605) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 7,092 unit
-Hospital 1,600 unit.
– Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 4,820 unit.
– Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 672 unit.
– Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 70.42%.– Sumber KKM