Sabah Terus Catat Kes Baharu Empat Digit, 1247 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah terus catat jumlah kes harian tinggi, yakni 1247 kes, hari ini walaupun terdapat sedikit penurunan di beberapa daerah termasuk Kota Kinabalu dan Tuaran.

MASIDI MANJUN

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu masih mencatat bilangan kes baharu yang tertinggi, 310 kes (turun 41) diikuti dengan Tawau sebanyak 206 kes (naik 46), Penampang 127 kes (naik 14), Tuaran 91 kes (turun 61), Sipitang 70 kes (naik 65), Putatan 55 kes (turun 9), Sandakan 52 kes (turun 23), Beaufort 49 kes (naik 38), Kota Belud 48 kes (naik 7), Keningau 46 kes (naik 7), Papar 45 kes (turun 27) dan Telupid 36 kes (turun 36).

“Tongod adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” tambahnya.

Di Kota Kinabalu, katanya, walaupun saringan kontak rapat menyumbang 61% daripada kes di daerah tersebut (310 kes), peratusan kes melalui saringan bergejala (sporadik) juga tinggi, yakni 32%.

“Peratusan dalam kategori saringan bergejala juga tinggi di Tuaran, 32% dan di Penampang, 25%. Di Tawau, kategori kontak rapat menyumbang 142 kes (69%) daripada 206 kes baharu di daerah tersebut hari ini,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Katanya, secara keseluruhan, 62% (770 kes) daripada jumlah kes hari ini adalah kontak rapat, 24% (295) daripada kategori bergejala dan 7% (87) daripada kluster-kluster sedia ada.

Seramai 842 orang adalah dalam kategori 1 dan 2, 11 orang dalam kategori 4, lima orang dalam kategori 4 dan dua orang dalam kategori 5.

Sebanyak 31% daripada kes yang dilaporkan hari ini masih lagi dalam siasatan untuk menentukan kategori jangkitan / sakit mereka.

scroll to top