Sabah turut umum cuti peristiwa pada 28 Nov

HAJIJI HAJI NOOR

KOTA KINABALU: Sabah turut mengumumkan 28 November depan sebagai hari kelepasan am khas untuk negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor melalui satu kenyataan berkata, penetapan cuti khas itu selaras dengan pengumuman cuti peristiwa Isnin depan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu Anwar mengumumkan 28 November sebagai cuti umum semasa sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri di Sungai Long Golf and Country Club Khamis lalu.

Beliau berkata keputusan itu dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berikutan beliau sudah berjanji untuk memberikan cuti yang dianjakkan pada Isnin.

scroll to top