Salon terbakar, tiada kemalangan jiwa

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran dalam salon itu. – Ihsan Bomba.

KOTA KINABALU: Sebuah kedai salon di sebuah taman perumahan pangsapuri di Jalan Sulaman, Manggatal, di sini, terbakar pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian itu.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.50 pagi.

Sepasukan anggota bersama jentera diketuai Komander Operasi, PBK II Rozam Shah Rahmat dikejarkan ke lokasi kejadian dan setiba di sana didapati kedai jenis kekal berkeluasan 22’x80′ terbakar 50 peratus.

Pasukan bomba bertindak memadamkan api menggunakan dua aliran 200 kaki 2 pancutan sumber air dari tangki jentera FRT dan pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.20 pagi dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan 20 minit kemudian.

scroll to top