Oleh GINDANAU SAKAT/MOHD AZWAN ABDULLAH
KOTA BELUD: Pada sambutan Hari Natal 2022, Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk tidak ketinggalan menyambut sambutan itu dengan mengadakan dua sesi Sambutan Natal Peringkat DUN, Kota Belud, bertempat di Kompleks Sukan Botung, di sini.

Zaidie (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Penceramah Khas Sembutan Natal Dun Tempasuk Pastor Tumaskana Sinau (kanan).
Natal sesi pertama telah diadakan untuk masyarakat umum yang bermula dari pagi hingga petang dan Natal sesi kedua untuk pelbagai dominasi gereja-gereja bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam.
Majlis yang dibiayai sepenuhnya oleh ADUN Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari itu, dianjurkan bersama oleh tiga dominasi gereja iaitu Sidang Injil Borneo (SIB),Roman Catholic (RC) dan Seventh Day Adventish (SDA), disambut penuh sederhana namun meriah.

Koir daripada kumpulan SDA.
Majlis sesi kedua petang itu, diserikan lagi dengan kehadiran Wakil Rakyat Tempasuk iaitu, Pemimpin Pembangunan Masyarkat (PPM) N.9 Tempasuk Sigam Angor, Ketua Bahagian STAR Tempasuk Kota Belud, Suwah Bulleh, wakil Kota Belud, IPD Kudat ASP Naijim Diun dan beberapa ketua ketua dominasi gereja-gereja DUN Tempasuk yang diketuai oleh Pta Zaidie Gumbaris.

Permentasan dimulakan dengan pesembahan tiupan “shofar” atau “sangkskala” oleh tiga orang pemuda.
Juga turut hadir penceramah jemputan Khas Natal Pastor Tumaskana Sinau.
Pengerusi Penganjur Zaidie Gumbaris dalam ucapannya menyifatkan perayaan Natal Gabungan DUN Tempasuk itu telah memperlihatkan satu kesatuan, kesefahaman, kesepakatan yang saling bekerjsama, saling membantu serta mengasihi di antara satu dengan yang lain sehingga visi dan misi itu telah tercapai.

Koir daripada kumpulan remaja dan muda mudi.
“Hidup bertoleransi akan membawa keamanan negara kita, maka itu kita juga wajib memelihara keamanan itu,”katanya
Sehubungan itu beliau juga berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis itu, khususnya kepada Datuk Arshad Bistari, Urusetia Adun Tempasuk, Pejabat UPPM Sigam, IPD Kota Belud, Bomba, Kesihatan, SESB, Pengurusan Dewan, Rela dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang memberi sumbangan dari segi tenaga dan masa.

Sigam ( tengah) merakamkan gambar bersama jentera penganjur.
Manakala pada sebelah malam diserikan lagi dengan pelbagai persembahan pentas oleh kumpulan koir dan penari dari tiga dominasi gereja.
Semua hadiah yang berbentuk kebajikan dan keperluan dapur disampaikan oleh PPM Tempasuk, Sigam Angor dan dibantu oleh Pengerusi Penganjur Zaidie Gumbaris.

Sigam (dua kiri) Suwah(kanan) ASP Naijim( kiri) bersama yang lain di majlis sambutan natal sesi dua.
Difahamkan seramai 511 orang yang pelbagai anutan dan kepercayaan hadir menjayakan bersama majlis yang berakhir pada jam 10 malam berkenaan.