Semangat Patriotisme Di Kalangan Rakyat Tak Pernah Luntur

CINTAKAN NEGARA…Haji Yazid bersama KK Jalil dan Breadthy menunjukkan Jalur Gemilang

BINGKOR:  Semangat patriotisme di kalangan rakyat di negeri ini tidak pernah luntur sebaliknya sentiasa membara tidak kira di mana saja mereka berada terutamanya ketika menyambut bulan kemerdekaan.

“Ramai yang ingin mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah bagi menunjukkan rasa kecintaan kepada negeri dan negara tetapi tidak mudah mendapatkannya, lebih lebih lagi kerana adanya kendala berikutan pelaksanaan PKP,” kata Ahli Jawatakuasa Bahagian STARSABAH N40 Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik.

Sehubungan itu, pihaknya mengambil inisiatif untuk mengagihkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah kepada penduduk kampung di kawasan Bingkor.

Haji Yazid berkata demikian ketika menyampaikan Bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada Ketua Kampung Buang Sayang Bingkor, KK Jalil Angkub.

Beliau berharap rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah terutamanya ketika bulan Kemerdekaan sebagai tanda cintakan negara dan tanda bersatu hati memerangi pandemik Covid-19.

Turut hadir Pengerusi JPKK Kampung Buang Sayang Bingkor, Breadthy Mendiwit.

Sementara itu, KK Jalil Angkub mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Haji Yazid menyumbangkan bendera, yang sangat besar ertinya kepada masyarakat kampung.

scroll to top