Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan Norma Baharu

SAMPAIKAN .... Abdul Manap (dua dari kanan) menyampaikan Jalur Gemilang kepada Abu Bakar sambil diiringi Salasmi (kiri).

KINABATANGAN: Masyarakat diseru menyemarakkan bulan kebangsaan dengan pembudayaan norma baharu.

Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Manap Abdul Ruhim berkata semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat perlu diterjemahkan bukan hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian.

“Melalui program ini, kita menyeru seluruh masyarakat Kinabatangan khususnya untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena hari kebangsaan dan hari Malaysia.

“Semangat cinta negara ini pula bukanlah sekadar mengibar Jalur Gemilang, tetapi perlu disertai dengan amalan norma baharu iaitu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung wabak COvid-19,” jelasnya dalam Program Info On Wheels Merdeka Peringkat Daerah, hari ini.

Pada program itu, sebanyak 300 helai Jalur Gemilang dan 300 bendera Negeri Sabah diedarkan, di samping 200 unit Jalur Gemilang diagih kepada beberapa kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

PACAK … Abdul Manap (tegah) memacakkan bendera di cermin depan kenderaan Polis IPD Kinabatangan.

Program tahunan Jabatan Penerangan (JaPen) itu pada kali ini dijayakan bersama Pejabat Daerah dan agensi yang terlibat dalam Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) daerah.

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat N.58 Lamag, Abu Bakar Gapar, Pegawai Penerangan Daerah, Salasmi Yusain, wakil Ibu Pejabat Daerah Kinabatangan, ASP Razali Basa, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam, Kapten (PA) Ahmad Roslan Ahmad Kamel dan wakil Majlis Daerah, Mahali Salleh.-Penerangan.

scroll to top