Seni silat sambut ketibaan Konvoi KMKM 2022

Nadzerah dan peserta Konvoi KMKM merakamkan gambar kenangan bersama murid-murid dan warga pendidik SK Saga-Saga.

MEMBAKUT: Ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) Peringkat Negeri Sabah 2022 di sini, disambut dengan persembahan seni silat.

Persembahan dijayakan oleh enam murid Tahun 6 SK Saga-Saga yang diiringi muzik kulintangan daripada Komuniti Keluarga Malaysia.

Ketibaan konvoi yang dianggotai 50 peserta daripada 10 agensi persekutuan dan negeri itu disambut oleh Guru Besar SK Saga-Saga, Sulaiman Ahmad.

Pada majlis ringkas tersebut, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah selaku ketua konvoi menurunkan tandatangan pada buku lawatan sebelum menyerahkan Jalur Gemilang kepada Sulaiman yang mewakili warga sekolah terbabit.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Daerah Beaufort, Awang Muil Awang Raya.-PENERANGAN.

scroll to top