KOTA KINABALU: Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Pantai Barat Sabah pada Khamis dan Jumaat dilaksanakan secara berperingkat serta dalam keadaan yang selamat.

IR. IDRIS MOHD NOOR.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Saba Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Pantai Barat Sabah pada Khamis dan Jumaat dilaksanakan secara berperingkat h Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja pemulihan bekalan telah dimulakan serta merta pada Khamis di kawasan-kawasan yang boleh dilalui oleh pasukan teknikal SESB.
“Kerja baik pulih bekalan disebabkan kerosakan sedang diambil tindakan, dengan keutamaan diberi kepada kerosakan-kerosakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, seperti tiang patah dan wayar putus.
“Namun ada sebahagian kawasan yang tidak dapat dilalui disebabkan banjir dan pencawang elektrik ditenggelami air,” katanya, dan menambah bahawa pemulihan dilaksanakan apabila air banjir surut.
Selain itu, SESB terpaksa menutup bekalan ke beberapa kawasan yang ditenggelami air banjir atas sebab-sebab keselamatan.
Beliau berkata, lebih dari 3,000 panggilan aduan gangguan bekalan dan kerosakan melibatkan talian putus dan pokok tumbang diterima oleh SESB Careline sejak Khamis sehingga lewat malam Jumaat.
Kerosakan talian dan gangguan bekalan itu telah menjejaskan lebih 20,000 pengguna di kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sipitang, Bongawan dan Penampang.
Sementara itu, Idris menasihati orang awam untuk tidak menghampiri ataupun menyentuh pepasangan SESB seperti wayar putus, tiang tumbang bagi tujuan keselamatan.
Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088-515000 atau melalui WhatsApp 019-852 5427 untuk sebarang pertanyaan.