SJR Di KK, Penampang Dan Putatan Ditutup

HAZANI

Oleh MARIAYATI MURSIDI

KOTA KINABALU: Operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah ditutup bermula tengah malam Ahad (4 Julai 2021).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, keputusan ini dibuat selepas pemerhatian pergerakan lalulintas sejak dua minggu lalu.

“Melalui pemerhatian pihak kita menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna jalan raya di daerah berkenaan adalah mereka yang bekerja dan keluar untuk urusan penting,” katanya.

Katanya, pihaknya kini akan memfokuskan kepada sempadan utama antara daerah bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna mereka harus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya masih melaksanakan sepenuhnya SOP dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

scroll to top