KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan Darau dengan kerjasama PIBG SK Darau mengadakan program motivasi ‘Saya Boleh Bah’ untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang belum menguasai tahap minimum dalam pelajaran tetapi menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
Matlamat program untuk memupuk semangat belajar di kalangan murid dan menjadi inspirasi kepada rakan- rakan yang lain agar tidak berputus asa dan sentiasa meningkatkan prestasi diri, kata Guru Besar SK Darau Ahmad Roshni bin Hj Mohd Khalid.

AHMAD ROSHNI
PdPR dijalankan mengikut kesesuaian guru dan pelajar dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti Google classroom, meet, WhatsApp, Telegram dan SMS.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar – pelajar tidak tercicir semasa PdPR.
Ahmad Roshni juga berharap agar ibu bapa dapat membantu anak anak dalam PdPR berkenaan.
Dengan terlaksananya program ini, anak-anak SK Darau akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi untuk terus menggapai kejayaan walau apapun situasi mereka.
Program ini dapat melahirkan murid yang mempunyai daya saing yang tinggi dan tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuk terus berjaya.
Selain itu diharapakan ianya dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat dan sikap yang boleh dicontohi dan menjadi inspirasi kepada rakan sebaya.
Teknik baharu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan sejak pandemik COVID 19 memerlukan komitmen tinggi guru-guru, murid-murid, malah ibu bapa juga memainkan peranan memastikan anak-anak tidak tercicir.
Selain menggunakan kelas dalam talian, guru-guru turut menyediakan latihan dalam bentuk modul untuk mereka yang tiada akses Internet.

ADRZUL PUDIN
Penggunaan buku aktiviti juga di teruskan seiring dengan penggunaan latihan secara interaktif.
Ahmad Roshni mengharapkan program ini mampu memberi anjakan paradigma kepada semua penerima agar terus berusaha dan memberi contoh yang baik kepada murid lain.
Semoga ini mampu memberikan impak yang positif ke arah kemenjadian murid.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,Puan Tah Niah Haji Jaman (Jusa C) AJK PIBG SK Darau ibu bapa, guru – guru serta yang terlibat menjayakan program ini.
Sementara itu, ketika merasmikan majlis itu, YDP PBG SK Darau, Adzrul Pudin berkata , untuk memastikan kemenjadian murid, PdPR bukan sahaja memerlukan komitmen tinggi pelajar dan guru malahan ibu bapa juga perlu memainkan peranan memastikan anak-anak tidak tercicir.
Katanya, ibu bapa SK Darau sangat komited dalam memainkan peranan mereka. Mereka turut bersama-sama membantu pihak sekolah mencapai tahap optimum dengan memberi sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti.
Menurutnya, pihak PIBG bersedia membantu dari segi kewangan mahupun sumbangan ibubapa dari segi tenaga dan kemahiran.
Ibu bapa sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB (kumpulan sokongan ibu bapa).
Mengikut data SARANA penglibatan ibu bapa dalam penglibatan dalam membantu PDPR SK Darau, pungutan Januari sehingga Jun, 89 peratus ibu bapa/ penjaga telah memberikan kerjasama dalam menjayakan PDPR.