STAR Inanam buka cawangan Kg Dambai, agih sumbangan Krismas

MUHIBAH: Francis dan Frankie (duduk kanan) bersama sebahagian penduduk Kg Dambai.

INANAM: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Inanam membuka cawangan baharu di Kg Dambai dengan keahlian 59 orang, diiringi penyampaian sumbangan serta angpau kepada 63 warga emas.

Penasihat STAR Inanam Datuk Francis Goh berkata majlis yang diadakan bersempena sambutan Krismas itu juga bertujuan memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat.

“Melalui majlis ini kita berharap dapat memantapkan STAR Inanam untuk membantu penduduk dan seterusnya mempromosi Koperasi STAR sebagai wadah pembangunan ekonomi,” katanya.

Ketua Bahagian STAR Inanam Frankie Chung menyampaikan sebuah mesin rumput kepada penduduk manakala Francis menyampaikan angpau sumbangannya.

Hadir bersama penduduk Kg Dambai dan sekitar ialah ahli-ahli jawatankuasa bahagian yang terdiri daripada Matiu Jungkim, Frankie Liong, Jeffrey Sikuk, Eric Umboris dan Soudi.

scroll to top