Oleh YUSOP TEPPO
SANDAKAN: Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) menyambut baik keputusan kerajaan negeri Sabah membenarkan orang ramai untuk hadir secara ‘walk in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Langkah ini akan mempercepatkan penerima vaksin di negeri ini sekaligus memberi kesan keselamatan orang ramai dan membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka.
Presiden SUCCC yang juga Naib Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersatu Malaysia, Tan Sri Andrew Liew berkata pemberian vaksin merupakan penghubung yang paling penting bagi masyarakat merangsang sistem imun supaya tidak terdedah sekaligus untuk mengawal pandemik serta cara terbaik melindungi masyarakat dari COVID-19.
“Kerajaan Negeri Sabah amat komited dalam program vaksinasi dengan memutuskan memberi kebenaran bagi warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang layak menerima vaksin agar pergi langsung ke Pusat Pemberian Vaksin bagi mendapatkan vaksin tanpa membuat temujanji.
“Langkah ini dilihat usaha dapat meningkatkan lagi kadar vaksinasi ke tahap imuniti,” katanya ketika menyatakan pandangan SUCCC mengenai usaha kerajaan negeri yang diumumkan semalam.
Beliau menjelaskan vaksinasi akan menjadi kunci utama untuk membuka semula ekonomi dan kehidupan rakyat menjadi lebih baik walaupun kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan pandemik berulang.
“Dalam masa yang sama, pengumuman kerajaan negeri ini akan mempercepatkan proses vaksinasi dapat ditingkatkan, prosuder operasi standard (SOP) berikutnya akan dikeluarkan bagi sektor perniagaan beroperasi lebih banyak,” tegasnya.
Liew menekankan setelah selesai menerima vaksin di mana orang ramai masih perlu mematuhi SOP dan sentiasa menjaga tahap disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharian agar tidak membuat para peniaga bimbang perniagaan ditutup semula.
“Situasi Covid-19 di Sabah sangat teruk. Angkah dalam beberapa hari terakhir menunjukkan bahawa jumlah kes yang paling banyak dijangkiti adalah hubungan rapat. Oleh itu, orang ramai harus bahawa mereka tidak boleh dipandang ringan kerana kelonggaran langkah-langkah operasi untuk tahap tertentu. Sebaliknya, risiko jangkitan semula akan menjejaskan ekonomi tempatan.
Liew juga merupakan anggota Jawatankuasa Penasihat Ekonomi Negeri Sabah menggesa para peniaga dan masyarakat agar lebih jelas mengenai definisi pelaksanaan langkah-langkah baru oleh kerajaan dan sentiasa mematuhi SOP seterusnya.
Semasa mengumumkan penyelesaian SOP baharu untuk penerima vaksin dos kedua, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengatakan bahawa jika rakyat tidak mematuhi prosedur pencegahan wabak, kerajaan akan menarik balik langkah-langkah kelonggaran terbaru pada bila-bila masa.
Beliau menegaskan bahawa pengumuman kerajaan mengenai penyelesaian kemudahan baharu vaksin dos kedua memungkinkan lebih banyak perniagaan dan sektor ekonomi beroperasi semula, meningkatkan perlindungan komuniti, melindungi kesihatan diri dan keluarga, dan terus aktif bekerjasama dengan pelbagai langkah pencegahan wabak untuk mengurangkan risiko pendedahan.
Liew setuju dengan keputusan kerajaan negeri untuk membeli vaksin untuk menambah kekurangan sementara itu, dan juga meminta perusahaan terkait kerajaan negeri untuk membeli sebahagian dari keuntungan operasinya dengan membeli vaksin dan menyumbangkan selebihnya kepada warganegara yang memenuhi syarat.
Beliau berkata ini akan memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, lebih bermanfaat untuk proses vaksinasi.