Sukarelawan PAS Bantu Operasi Pemberian Vaksin

TURUT MEMBANTU…Antara sukarelawan Pas yang turut membantu pemberian vaksin di PPV Yu Yuan.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

SANDAKAN: Sukarelawan PAS Zon Sandakan yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat turut  membantu proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Yu Yuan dekat sini.

Program berkenaan yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) daerah Sandakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan PAS dengan agensi kerajaan dan orang ramai.

Program yang bermula Isnin lalu itu, menawarkan kira-kira seribu dos vaksin setiap hari bagi golongan warganegara berumur 18 tahun ke atas dan keutamaan kepada ibu mengandung dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

SUKARELAWAN…Sukarelawan Jabatan Amal Malaysia dan Briged Muslimat antara yang membantu proses pemberian vaksin.

Turut serta dalam program itu ialah  sukarelawan lain daripada MyVac, Movac, Jabatan Pertahanan Awam dan juga RELA.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dilaksanakan secara walk in ini memberi peluang kepada orang ramai untuk hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok untuk daerah Sandakan.

scroll to top