Sumbangan Kanopi Beri Keselesaan Kepada Penjaja

KANOPI…George mewakili Robert menyerahkan sumbangan kanopi kepada penjaja.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BINGKOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N40 Bingkor,Datuk Robert Tawik @Nordin memberikan sumbangan berbentuk kanopi kepada penjaja di sekitar mukim Bingkor .

Beliau berharap dengan adanya kanopi itu dapat memberikan keselesaan kepada penjaja dalam menjalankan perniagaan mereka.

Robert juga meminta penjaja terus tekun menjalankan perniagaan mereka dan mengikuti peraturan SOP di kala pandemik Covid19 ini.

Sumbangan kanopi itu disampaikan oleh Pemaju Mukim Bingkor, George Dairie yang mewakili Robert dan diterima oleh wakil penjaja iaitu Dony Bikolos dari Kampung Minansut dan Onong Juanis dari Kampung Labak Baru.

Wakil penjaja merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan kanopi itu yang sudah pasti mampu memberikan keselesaan kepada penjaja.

scroll to top