Surau Al Kahfi Bakal Jadi Surau Cemerlang

CENDERAHATI ... Tun Juhar (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Mohd Najib (tiga dari kiri).

KOTA KINABALU:  Surau Al Kahfi Taman Rimba Sandakan bakal menjadi surau cemerlang.

Pengerusi jawatankuasa surau berkenaan, Mohd Najib Ajun menjelaskan surau yang dibina sejak 11 Februari 2020 itu, kini telah beroperasi dengan kapasiti 136 jemaah.

“Kapasiti jemaah di surau tersebut seramai 136 orang namun disebabkan pandemik hanya boleh memuatkan 50 peratus daripada jumlah itu.

“Kita berdepan dengan banyak cabaran sepanjang pembinaan surau tersebut terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 namun berjaya disiapkan mengikut jadual.

“Pengurusan jawatankuasa juga berhasrat  menjadikan surau tersebut menjadi salah sebuah surau yang cemerlang,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, kelmarin.

Menurut beliau, tujuan kunjungan diadakan adalah bagi memaklumkan perkembangan dan pembangunan surau yang menerima sumbangan dana daripada Yayasan Nur Juhar berjumlah RM300 ribu pada tahun lepas.-Penerangan.

scroll to top