Oleh YUSOP TEPPO
KOTA KINABALU: Tan Sri Andrew Liew mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) untuk penggal 2021-2023 tanpa tanding selepas tempoh akhir bagi calon gabungan menghantar borang pencalonan, tengah hari kelmarin.
Presiden Dewan Perniagaan Cina Kinabatangan Andrew Liew, telah dicalonkan oleh Presiden Dewan Perniagaan Cina Lahad Datu, Tan Cheng Teng dan disokong oleh Presiden Dewan Perniagaan Cina Ranau Datuk Jimmy Tham Nyuk Leong.

TAN SRI ANDREW LIEW
Tiada sebarang borang pencalonan lain bagi merebut jawatan presiden itu diterima untuk memimpin SUCCC dalam penggal baharu.
Ketua Jawatankuasa Pemilihan penggal ke-42 SUCCC, Datuk Tan Kim Beng mengumumkan keputusan pencalonan ini dengan mengatakan pihaknya telah menerima sejumlah 9 borang pencalonan untuk 9 jawatan termasuk Presiden, Timbalan Presiden, 4 jawatan Naib Presiden, Pengerusi Penyelia dan 2 jawatankuasa Penyeliaan jawatan.
Tan berkata kesemua 9 calon masing-masing memenangi jawatan itu sekaligus dipilih semula mengisi jawatankuasa penggal baharu.
Dua Jawatankuasa Pemilihan yang lain, Datuk Lawrrecne Thien dan Cheoh High Weal juga hadir di atas tugas penamaan calon.
Ketua Setiausaha SUCCC sebelum ini, Datuk Jimmy Tham Nyuk Leong telah menjadi Timbalan Presiden yang baharu.
Jimmy Tham dicalonkan oleh Andrew Liew bagi menggantikan Presiden Gabungan Putatan Datuk Tang Lung Sing.
Empat bagi jawatan naib presiden yang merupakan Presiden Gabungan Labuan, Datuk Wong Kii Yii dan Pemangku Presiden Gabungan Semporna, Peter Gan mengekalkan kerusi tersebut.
Sementara itu, Presiden Sekutu Tawau, Chia Seong Fatt dan Presiden Sandakan, Chong Chiong Hin dipilih untuk jawatan Naib Presiden.
Presiden Dewan Perniagaan Cina Beaufort, Datuk Seri Panglima Kiffi Chong Nyuk Yong dikekalkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelia.
Timbalan Presiden Ranau, Affililate Chong Fui Keong juga dikekalkan sebagai Jawatankuasa Penyelia.
Satu lagi jawatan Jawatankuasa Penyelia diambil oleh Naib Presiden SUCCC sekarang yang juga Timbalan Presiden Gabungan Sandakan Chia Hock AK.
Mesyuarat Agung Tahunan SUCCC 2021 akan diadakan pada 18 Julai depan.
Keputusan pemilihan jawatankuasa ke-42 bagi penggal 2021-2023 SUCCC.
Presiden: Tan Sri Andrew Liew (Kinabatangan).
Timbalan Presiden: Datuk Jimmy Tham (Ranau).
Naib Presiden: Datuk Wong Kii Yii (Labuan), Chia Seong Fatt (Tawau), Peter Gan (Semporna), Chong Chiong Hin (Sandakan).
Pengerusi Jawatankuasa Penyelia: Datuk Seri Panglima Kiffi Chong Nyuk Yong.
Jawatankuasa Penyelia: Chong Fui Keong (Ranau), Chia Hcok Ak (Sandakan).