Tun Juhar hadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-258

KUALA LUMPUR:   Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-258 di Istana Negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu disertai semua Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri.

Mengiringi Tun Juhar dalam mesyuarat dua hari itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebelum dijadualkan balik ke Sabah pada Ahad ini.-Penerangan.

scroll to top