KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr Taufiq Yap Yun di Istana Negeri, pada Isnin.
Menurutnya, tujuan kunjungan diadakan adalah bagi memaklumkan perkembangan dan pembangunan semasa dalam UMS termasuklah penubuhan tiga fakulti baharu iaitu Fakulti Perhutanan Tropika, Fakulti Pengajian Islam dan Akademik Seni dan Teknologi Kreatif.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UMS yang kini dibuka secara jumpa terus dengan peruntukan 3,000 dos vaksin sehari.

KENANGAN…Ahli-ahli Majlis Guru Besar Sandakan merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah).
Terdahulu, Pengerusi Majlis Guru Besar Sandakan, Awang Damit Ayob turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar bagi memperkenalkan ahli-ahli yang baharu dilantik pada Mac serta membincangkan peranan majlis tersebut bagi meningkatkan taraf pendidikan di peringkat daerah Sandakan.-Penerangan.