Ular Sawa Telan Anak Kambing Ditangkap

TANGKAP: Ular sawa sepanjang 12 kaki berjaya ditangkap setelah menelan seekor anak kambing.

Oleh MARIAYATI MURSIDI

BEAUFORT: Seekor ular sawa sepanjang 12 kaki berjaya ditangkap selepas menelan seekor anak kambing di dalam kandang kambing di Kampung Suasa dekat sini hari ini.

Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.34 tengah hari.

Komander Operasi PBK II KUP Ag. Dinin Ag Ajak bersama sembilan pegawai pelbagai pangkat bergegas ke lokasi kejadian sejauh 28 kilometer dari balai, dengan dua buah kenderaan masing-masing sebuah LFRT dan sebuah pacuan empat roda.

Sebaik tiba didapati seekor ular sawa sepanjang 12 kaki berada di dalam kandang kambing dan telah menelan seekor anak kambing.

Operasi menangkap ular sawa itu tamat kira-kira jam 1.23 petang.

scroll to top