Oleh MARIAYATI MURSIDI
SIPITANG: Meredah jalan berlumpur dengan laluan berliku di kawasan jauh di pedalaman Sabah tidak menjadi halangan bagi menjayakan program Mobile Outreach Vaksinasi COVID-19 CITF Daerah Sipitang.
Terletak kira-kira 250 kilometer dari Kota Kinabalu, untuk sampai ke destinasi perkampungan Long Pasia, kakitangan CITF mengambil masa lima jam perjalanan dari Pekan Sipitang.
Penduduk Long Pasia dan sebuah lagi perkampungan iaitu Kampung Long Mio, dikunjungi Jawatankuasa CITF Daerah Sipitang di bawah program Mobile Outreach Vaksinasi COVID+19 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Long Pasia.
Antara yang terlibat dalam program berkenaan ialah Pegawai Daerah Sipitang Awangku Raimy Pangeran Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Daerah Sipitang (Pembangunan) Jeefri Yusof.
Dua pegawai dari Ibu Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri iaitu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Ibu Pejabat Feddrin Tuliang dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Ibu Pejabat Jusli Olim.
Turut sama PPM DUN Sindumin Sani Miasin, Pegawai Kemajuan Masyarakat William Kapong, KKM dan ATM.