Oleh HASSIM HAJI OTHMAN
KOTA KINABALU: Program Lapar Dahaga Sama Dirasai, Makan Minum Sama Dikongsi turut memberikan manfaat kepada penghuni Pangsapuri Tanjung Aru, di sini.

ABDUL RAHMAN
Sebanyak 200 pek makanan bermasak diagih-agihkan secara percuma kepada penghuni di sini di mana Warisan Citrah Cafe & Katering telah diberi kepercayaan untuk menyediakan makanan bermasak berkenaan pada setiap hari bermula pada 6 Ogos 2021 lalu.
Program Lapar Dahaga Sama Dirasai, Makan Minum Sama Dikongsi telah dianjurkan oleh MSEF yang dilancarkan pada 29 Julai lalu di seluruh Malaysia.
Terdapat 100 vendor (kedai makan) dengan jumlah keseluruhan 1,000,000 kotak makanan akan diagihkan kepada penduduk setempat bagi membantu meringankan beban untuk golongan yang memerlukan.
Sehubungan daripada itu, rakan usahasama iaitu Eco-Shop Malaysia Sdn. Bhd. telah menyumbang sebanyak RM1,000,000.00 kepada program tersebut bagi menampung beban rakyat Malaysia mengharungi kelangsungan hidup mereka.
Kotak makanan tengahari akan disediakan sebanyak 100 unit untuk setiap vendor yang akan mula diedarkan bermula jam 11.30 pagi sehingga selesai pengagihan tersebut.

SUMBANGAN MAKANAN … Abdul Rahman (kiri) ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada wakil pengurusan Hospital Queen Elizabeth Haji Ismail Yusof.
Manakala kotak makanan makan malam juga akan disediakan sebanyak 100 unit untuk setiap vendor yang akan mula diedarkan bermula jam 5.30 petang sehingga selesai pengagihan tersebut.

SYUKUR …Seorang gelandangan juga turut menerima pek makanan yang diedarkan pada setiap hari di Warisan Citrah Cafe.
Dalam pada itu, pengusaha Warisan Citrah Cafe & Katering, Abdul Rahman Abdul Samad berkata, makanan halal yang disediakan adalah terdiri daripada menu-menu masakan ala Melayu yang terpilih dan enak dan berlainan pada setiap hari
Beliau turut melahirkan rasa syukur di atas pemilihan Warisan Citrah Cafe & Katering dalam menyediakan pek makanan berkenaan dalam tempoh sebulan ini.
“Semoga Program Lapar Dahaga Sama Dirasai, Makan Minum Sama Dikongsi akan memberikan manfaat kepada penghuni di Pangsapuri Tanjung Aru ini yang turut terkesan dengan bencana pandemik COVID-19 yang kesnya makin membimbangkan pada masa sekarang ini,” katanya.
Abdul Rahman turut mengingatkan kepada para penghuni yang datang mengambil pek makanan berkenaan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup separuh muka dan mengekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

TERIMA KASIH … Sebahagian penghuni Pangsapuri Tanjung Aru yang datang mendapatkan pek makanan secara percuma di Warisan Citrah Cafe.
Dalam pada itu, Warisan Citrah Cafe & Katering dengan kerjasama Datin Fadziah Haji Abdul Hamid merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah telah menyerahkan sumbangan makanan kepada pihak Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Sumbangan telah disampaikan oleh Abdul Rahman kepada wakil pengurusan Hospital Queen Elizabeth Haji Ismail Yusof.