WASA hulur bantuan kepada golongan terkesan pandemik

PRIHATIN: Sante Sanelawa (tiga kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan di Kg Jaya Bakti, Beluran.

BELURAN: Persatuan Wanita Progresif Sabah (WASA) meneruskan Program Prihatin di Kampung Jaya Bakti di sini dengan menyumbangkan bakul makanan kepada golongan terkesan ketika pandemik COVID-19.

Terdahulu, program sama telah diadakan di Kg Gas, Lupak Meluas Darat, bagi memberi bantuan kepada golongan gelendangan.

Sebuah keluarga yang didiami tiga orang anak remaja turut mendapat perhatian Pengerusi WASA DP Florence Datuk Paul Baklin untuk membiayai kos kemasukan ke peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Pelajar berkenaan tidak menduduki peperiksaan SPM tahun ini berikutan menghadapi masalah keluarga.

WASA merupakan persatuan wanita yang terbabit dalam isu-isu hak asasi manusia.

Sempena program itu, seramai 23 keluarga telah menerima bantuan itu yang disampaikan oleh pengerusi WASA.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Sante Sanelawa Villiamon, Setiausaha Kerja Raminah Sabal, dan Penyelaras WASA Kinabatangan Masmidah Maridun.

scroll to top