YGMI Dan KOPAMA Jalin Kerjasama Bidang Pertanian

TEROKA EKONOMI…YGMI dan KOPAMA mengadakan lawatan ke Keningau bagi mengenalpasti tapak penanaman Sacha Inchi.

KOTA KINABALU: Yayasan Gulam Modal Insan (YGMI) dan KOPAMA mengadakan lawatan ke Kampung Ansit dan Kampung Pansiangan baru-baru ini bagi mengenalpasti tapak penanaman pokok balak Paulownia dan Sacha Inchi.

Pengerusi YGMI, Dato Gulam Tumai menyambut baik kerjasama dengan Kopama, sebuah koperasi yang mempunyai visi dan misi untuk membantu ahli meningkatkan pelbagai aktiviti ekonomi.

YGMI adalah sebuah badan ekonomi yang berperanan dalam meneroka pelbagai peluang ekonomi untuk membantu membangunkan ekonomi dan modal insan.

Salah satu kegiatan ekonomi yang dikenal pasti adalah penanaman pokok sacha inchi yang memiliki pelbagai manfaat dari segi kesihatan dan ekonomi.

Beliau berharap kerjasama antara YGMI dan KOPAMA akan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi masyarakat .

Katanya, YGMI berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya terutama dari kawasan luar bandar khususnya mereka yang kurang mendapat akses terhadap program pembangunan.

YGMI mensasarkan empat fokus utama kegiatannya iaitu pertanian, perikanan, kejuruteraan dan sosial.

scroll to top