LABUAN: Persatuan Penyelidikan, Inovasi, dan Kreativiti Labuan (Labuan Research, Innovation and Creativity Society – LaRIS) telah menganjurkan Pameran Kreativiti dan Inovasi dan Seminar Pengajaran Bahasa Kali Ke-6 Peringkat Antarabangsa secara maya melalui Facebook dengan jayanya pada 7 Ogos 2021.

PEMBUKAAN … To’Puan Nurul Izatee menyampaikan ucapan pembukaan.
The 6th International Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar 2021 (6th CAIELTS 2021) itu telah dilancarkan pada 3 Mac 2021 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman.
Dalam tempoh lima bulan panggilan penyertaan dibuat, sebanyak 94 penyertaan telah diterima. 29 pempamer kreativiti dan inovasi dan 19 pembentang pengajaran bahasa telah membentangkan kertas kerja mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Naim, Selangor, To’Puan Nurul Izatee Md Yusoff, menyampaikan ucapan pembukaan untuk acara tersebut.
Pembentangan fitur (featured presentation) bermula dengan perkongsian oleh Dekan, Fakulti Sastra, Universitas Pamulang, Indonesia, Dr Mohamad Ramdon Dasuki, yang membincangkan tentang pengajaran nilai-nilai kehidupan dalam masyarakat Indonesia melalui sastra wayang,
Pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan, University of Wollongong, Australia, Dr Mark Fraser, berkongsi dapatan penyelidikan pengajaran bahasa di Indonesia manakala guru Bahasa Inggeris, Francis School, Indonesia, Rocky Michael Tandi, mengutarakan 6 persoalan dalam membina rasa hormat dan penghargaan terhadap bahasa.

PENUTUP …Yusup Haji Mohamad menyampaikan ucapan penutupan.
Guru Bahasa Inggeris di Taipei Wanfu Elementary School, Taiwan, Ming-Yao, Hsiung, mempersembahkan pengajaran menggunakan animasi dan augmentated reality (AR).
Sementara guru Bahasa Inggeris Miyagino High School, Jepun, Sachie Sato Suzuki, menyampaikan komunikasi antara budaya dalam kalangan pelajar Jepun dan Belgium.
Pembentangan fitur diakhiri oleh Joyce R. Rabadon, Erica Ann M. Ara, Charmaine C. Pascua, dan Hazel B. Bacon daripada Pangasinan State University, Alaminos City Campus, Filipina, yang membentangkan dapatan kajian berkaitan peralihan bahasa dalam pengajaran bahasa dalam kalangan sekolah tinggi.
Pertandingan pameran kreativiti dan inovasi yang melibatkan 29 orang dari Wilayah Persekutuan Labuan, Kedah, Perak, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Melaka itu dinilai oleh tiga hakim, iaitu Dr. Hyginus Lester Junior Lee, Suriani Alland Rice Oxley dan Goh Kok Ming.
Anugerah Pilihan Juri telah dimenangi oleh Eriezen Dickel Beidon dan Frederica Gimpeh dari Labuan International School.
Pingat emas pula disandang oleh Quah Wei Boon dan Siti Norsarah Yahaya (Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah), Eriezen Dickel Beidon dan Frederica (Gimpeh, Labuan International School), Komathy Veerasinghan (SMK Ave Maria, Perak), Mohd Fadhil Omar (SK Chengal Lempong, Pahang), Ramzi Adam (SK Sungai Mas – JHEOA, Pahang), Yahya Ahmad Puteh, Junaidah Baharuddin (SMK Mutiara, Labuan) dan Roziah Abdul Rahman (SM St Anthony, Labuan).

DR MOHAMAD RAMDON.
Pembentangan seminar pengajaran bahasa telah dinilai oleh Chin Tsuey Wei, Siti Zahara Mohamad, dan Mah Zhi Jian.
Guru bahasa Inggeris Lim Ai Teng dan Tong Shih Wee dari SJKC Yuk Choi, Lahad Datu, Sabah telah memenangi Anugerah Pilihan Hakim manakala pingat emas dirangkul oleh Ellye Ornella Suliman (SK Fajar Harapan, Lahad Datu, Sabah) dan Lim Ai Teng dan Tong Shih Wee dari SJKC Yuk Choi, Lahad Datu, Sabah.
Pengerusi LaRIS, Dr. Hyginus Lester Junior Lee merakamkan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Haji Mohamad kerana telah memberikan sokongan kepada penganjuran program ini dengan menggalakkan penyertaan daripada guru-guru di Labuan membentangkan kajian tindakan dan inovasi di peringkat antarabangsa.
Yusup turut menyampaikan ucapan penutupan dalam program tersebut.
LaRIS boleh dihubungi melalui laris.labuan@gmail.com atau LaRIS Labuan dalam Facebook.

LANCAR … Dr. Fary Akmal Osman (kanan) melancarkan 6th CAIELTS 2021 bersama Dr. Hyginus Lester.