Dalilah Kongsi Amalan Terbaik Pemulihan Jawi 

POSTER PROGRAM PLC: Perkongsian Amalan Terbaik Pemulihan Jawi dengan Kaedah Awjad.

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Patau-Patau (SKPP) Wilayah Persekutuan Labuan bersama Sekolah Kebangsaan Tempinis, Besut Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Kampong Besut (Setiu) Terengganu telah melaksanakan program kolaboratif Professional Learning Community (PLC) perkongsiaan amalan terbaik pemulihan Jawi dengan kaedah Awjad melalui medium google meet pada 25 Ogos lalu.

PENCERAMAH PROGRAM ….Ustazah Dalilah Desa dari SK Patau-Patau Labuan.

Munsyi Dewan (Jawi) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dari SK Patau-Patau Labuan, Ustazah Dalilah Desa menyampaikan ceramah tersebut.

Menurut Ustazah Dalilah, objektif program ini ialah untuk melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi serta mempunyai motivasi dan semangat untuk mempertahankan tulisan Jawi.

Katanya, ia juga membantu murid mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Beliau berkata progam ini memberi inspirasi antara guru-guru, panitia dan sekolah untuk membina intervensi dan inovasi.

“Meningkatkan prestasi pengurusan panitia dalam SKPMg2 standard 3.1.2 iaitu program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang,”’katanya.

Guru Besar SK Patau-Patau, Rosli Mohd Ali mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sekolah pengelola atas kesudian untuk memilih SK Patau-Patau sebagai platform utama bagi sesi perkongsian PLC Amalan Terbaik kerana dengan adanya jaringan ini dapat merancang dan melaksanakan beberapa program yang berbentuk ilmiah.

ROSLI MOHD ALI  DAN USTAZAH NOR ASMAWATI ISMAIL

Katanya, pembentukan sahsiah murid dan program-program berkaitan dengan Program Transformasi Sekolah 2025 dengan lebih terancang dan bersistematik.

Guru Besar SK Tempinis Rosli Omar, pula mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan pendidikan Islam ketiga-tiga buah sekolah kerana berjaya merancang dan melaksanakan perkongsian amalan terbaik pemulihan jawi dengan kaedah Awjad.

ROSLI OMAR DAN MOHD AZROL MOHAMAD

Beliau berharap program ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dan teknik dalam pelajaran Jawi.

Sementara itu, Guru Besar SK Kampong Besut, Mohd Azrol Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua sekolah kerana memilih Sekolah Kampong Besut untuk berkolaborasi menjayakan program tersebut.

Beliau  berharap dapat berkolaborasi lagi pada masa akan datang.

Penyelaras program, Ustazah Nor Asmawati IIsmail dari SK Tempinis Besut Terengganu berkata program ini dilaksanakan dalam dua sesi iaitu bengkel kepada peserta dan latih tubi dan latihan.

PESERTA … Sebahagian peserta yang menyertai program PLC pemulihan Jawi dengan kaedah Awjad.

Katanya, tiga orang Ketua Panitia Pendidikan Islam dari ketiga-tiga sekolah iaitu Ustaz Bustamam Maning (SK Patau-Patau Labuan) Ustaz Khairul Hasimin Mohamed (SK Tempinis, Besut Terengganu) dan Ustazah Sanisah Ismail (SK Kampong Besut, (Setiu) Terengganu) turut membantu melancarkan program tersebut.

Menurut Nor Asmawati, program yang diadakan dari pukul 2 hingga 4 petang itu dianjurkan Unit Kurikulum dan Panitia Pendidikan Islam ketiga-tiga sekolah.

Turut menyertai program itu ialah 90 peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun Lima dan Enam serta guru-guru Pendidikan Islam tiga sekolah terbabit. – Dari AZRI ONN

scroll to top