PPD Tawau Lancar Jurnal Pendidikan 

JURNAL…Pegawai dan staf PPD Tawau memegang Jurnal Pendidikan ketika pelancaran.

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

TAWAU: Pejabat Pendidikan Daerah Tawau berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Jurnal Pendidikan Bil 1/2021 secara dalam talian.

Jurnal ini  menghimpunkan 10 penulisan kajian tindakan guru-guru daerah Tawau dari pelbagai tahap persekolahan (Sekolah Rendah sehingga Pra-Universiti).

DATUK DR MISTRINE RADIN

Fokus kajian meliputi bidang pengurusan dan pengajaran, memandangkan aspek berkenaan perlu diperkasakan untuk disesuaikan dengan keperluan dunia pendidikan abad ke 21.

Jurnal ini adalah  wadah ilmu yang memberi ruang dan peluang kepada warga pendidik untuk melibatkan diri dalam dunia penyelidikan dan seterusnya membudayakannya di peringkat sekolah.

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Zamri Haji Pehakan yang juga  peneraju penerbitan jurnal Pejabat Pendidikan Daerah Tawau melahirkan rasa syukur atas penerbitan jurnal Pendidikan buat julung kalinya.

Katanya, penerbitan jurnal ini adalah atas sokongan padu barisan timbalan PPD Sektor Perancangan, Hajah  Norlela Binti Ansley, Sektor Pengurusan Sekolah: Gavi Laon Marcus @ Sophian Abdullah, Sektor pembelajaran: Noor Bin Kahal dan Sektor Pembangunan Murid Vaea Bin Sarima.

Zamri  menyifatkan bahawa penerbitan Jurnal ini sebagai satu suntikan semangat kepada semua warga pendidik di daerah Tawau untuk terus menceburi dunia penyelidikan.

“Sesungguhnya penyelidikan dan transformasi pendidikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, oleh itu budaya penyelidikan perlu diperkasakan lagi,” katanya.

. Sehubungan  itu, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau sendiri mengambil inisiatif meletakkan penerbitan jurnal sebagai KPI setiap tahun, katanya.

ZAMRI HAJI PEHAKAN

Penerbitan jurnal pada julung kalinya, menghimpunkan pelbagai bidang ilmu penyelidikan merintis ke arah kecemerlangan pendidikan.

“Melalui membudayakan kajian tindakan, guru akan sentiasa refleksi amalan pengajaran dan seterusnya akan mengalakkan perubahan ke arah yang lebih baik dan berkesan,” katanya.

Ini adalah  budaya positif dan menjadi harapan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau agar amalan ini terus diperkasakan.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tawau sentiasa memberi sokongan padu atas usaha tersebut melalui pelaksanaan penerbitan jurnal setiap tahun,” katanya.

Dalam usaha menyebarluaskan hasil kajian, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau menjalin kolaboratif bersama Dr Najamuddin Bachora iaitu Pengarah Institusi Perguruan Guru Kampus Tawau dan Puan Fauziana Binti Mohammad  selaku Ketua Perpustakaan Wilayah Tawau untuk menerima naskah jurnal berkenaan,

Disamping itu, 82 buah sekolah di daerah Tawau masing-masing menerima jurnal untuk disebarluas di peringkat sekolah.

Majlis pelancaran ini, turut disertai oleh semua Pegawai Pendidikan Negeri Sabah, Timbalan-Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah, Barisan Pentadbir Sekolah dan guru-guru secara dalam talian

.Perkongsian barcode akan dipaparkan bagi memudahkan semua pihak dapat mengakses jurnal berkenaan. Semoga hasil kajian ini, dapat dijadikan panduan kepada guru lain dalam membuat penambahbaikan secara berterusan dan bersama ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan negeri Sabah,” katanya.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,Datuk Dr Mistrine Binti Radin.

Dalam ucapan pelancarannya, Dr Mistrine  mengucapkan  setinggi tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau atas penerbitan jurnal pendidikan yang buat julung kalinya.

Disamping itu, beliau turut menekankan kepentingan penerbitan jurnal ini dapat meningkatkan motivasi dan menjadi inspirasi kepada semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dan warga pendidik di sekolah untuk terus aktif melaksanakan penyelidikan pendidikan.

Menurut Dr Mistrine, amalan penyelidikan sewajarnya dijadikan amalan profesional warga pendidik kerana amalan ini memberi implikasi dalam kemenjadian murid. Melalui penyelidikan, mampu mengubah corak pemikiran dan tindakan guru agar selaras dengan keperluan dan anjakan drastik dunia pendidikan.

“Sesungguhnya penerbitan jurnal pendidikan ini adalahsatu tindakan proaktif yang dapat membantu guru untuk menyebarluaskan hasil inovasi mereka dan seterusnya diaplikasikan oleh semua warga pendidik.

Beliau berharap agar Pejabat Pendidikan Daerah lain turut menghasilkan penerbitan jurnal seumpana ini dan  Pejabat Pendidikan Daerah Tawau pula meneruskan usaha murni ini dengan menerbitkan jurnal bil 2 dan terbitan bilangan seterusnya.

Ketua Editor jurnal,Dr Gulson Begum Hj Khalid yang juga  Penolong Pegawai Bahagian Sektor Perancangan memaklumkan bahawa guru-guru di daerah Tawau mempunyai kreativiti dan komitmen dalam membuat penambahbaikan PdPc secara berterusan.

Sejajar dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau menyediakan ruang penyatuan ilmu dan diperkasakan melalui siri bimbingan berstruktur.

Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau  membantu guru dalam  menghasilkan penulisan kajian tindakan berkualiti secara mudah dengan menggunakan Modul TEKAT.

Sementara itu, Cikgu Suriati Buraere dari SK Batu 4 Jalan Apas Tawau, salah seorang penyumbang penulisan jurnal ini, mengakui bahawa TEKAT  memotivasikannya untuk menghasilkan penulisan kajian tindakan.

Ini adalah pendekatan modul ini menarik, berinformasi dan mudah difahami dalam proses menghasilkan penulisan kajian tindakan secara mudah.  Hasil penulisan juga berkualiti kerana bersesuain dengan format Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan Dasar Pendidikan (EPRD).

POSTER…Poster pelancaran Jurnal Pendidikan PPD Tawau.

Penganjur juga mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Binti Radin, Timbalan Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD,  Mohd Zaini Bin Yanin, Sektor Pengurusan Sekolah Haji Abidin Bin Marjan, Sektor Pembelajaran: Dr  Hj Kassim Bin Tusin serta  Sektor Pembangunan Murid: Mudin Bin Beting atas sokongan padu dalam merealisasikan budaya penyelidikan dan seterusnya penerbitan jurnal PPD Tawau.

Semoga sokongan ini terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada PPD Tawau untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan kecemerlangan pendidikan negeri Sabah.

scroll to top