KOTA KINABALU: Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Symposium on Coping of Strategy During Pandemic Covid-19 (SySCO-19) pada 21 Ogos lepas secara maya.
Symposium itu menerima sambutan yang hangat dengan penyertaan lebih 600 orang peserta yang terdiri dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Dengan tema ‘Keluarga Pemangkin Pembangunan Negara’, pelajar dapat didedahkan dengan pendidikan kesihatan mental sepanjang pandemik. Menerusi SySCO-19, institusi kekeluargaan yang bahagia dapat diperbentuk dan diperkukuhkan.
Peserta juga didedahkan dengan kepentingan tentang pembangunan keluarga atau pantauan kendiri pada masa kritikal ini.
Symposium ini dirasmikan oleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Dr. Raman Bin Nordin.
Beliau berkata peranan keluarga amat penting dalam membentuk kemenjadian generasi baharu yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara suatu hari nanti.
“Program ini membincangkan isu-isu yang timbul dan menyuarakan pelbagai strategi yang boleh diambil dan dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan umur agar dapat berjuang walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi.
“Penglibatan tetamu jemputan daripada Negara ASEAN dalam perbincangan akan sangat membantu dalam menjana idea dalam menangani masalah-masalah yang berlaku ketika pandemik ini,” katanya dalam ucapan perasmian.
Sementara itu, Prof. Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, Pengerusi Institute For Life-Ready Graduate juga perasmi bagi Majlis Penutupan Symposium turut mengatakan bahawa symposium ini merupakan satu usaha untuk mengurangkan serta menjaga kesihatan mental individu dan kekeluargaan dalam pandemik ini.
Pengarah program SySCO-19, Jesei Gadung Clement mewakili semua ahli jawatankuasa berterima kasih kepada semua pembentang, universiti dan organisasi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Ini termasuk PEMADAM Kebangsaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Universiti Malaysia Sabah, University of the Immaculate Conception, Filipina; Mae Fah Luang University, Thailand; and BERSAMA Indonesia, Indonesia.
Program SySCO-19 menganugerahkan Pembentang Terbaik kepada Dr Noor Hassline Mohamed dengan tajuk ‘Tanggungjawab Keluarga dalam Menguruskan Masalah Mental semasa pandemik Covid-19’.
‘Stay Positive, Test Negative’
Ahli jawatankuasa SYSCO-19 harap petikan dari pembentangan Dr. Thaworn Lorga ini dapat membantu kepada anda yang berhadapan ujian pandemik ini.- Artikel sumbangan Low Yee Ting.