Razidah Bolot Tiga Anugerah MAHAKARYA2021

PEMBENTANGAN finalis dan pembentang jemputan MAHAKARYA2021.

LABUAN: Cikgu Razidah Abdul Ghaffar membolot tiga anugerah sempena MAHAKARYA2021 – Kolokium Mini Kajian Tindakan Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan pada 26 dan 27 Ogos 2021.

PENYELARAS MAHAKARYA2021, Cikgu Hasnan Md Saad.

Tiga anugerah tersebut ialah Kajian Terbaik, Slaid Terbaik dan Anugerah Emas.

Guru Besar SK Lubok Temiang, Haji Adam Abd Rahim berkata Pembentang Terbaik pula diberikan kepada Cikgu Norhasiken Mohd Dahli yang turut memenangi Anugerah Emas.

Manakala Cikgu Midzmar Harun membawa pulang Anugerah Khas Juri selain Anugerah Emas.

Katanya, lima orang guru mendapat Anugerah Perak iaitu Cikgu Juanawati Omar Junit, Cikgu Zunikah Amboh Turuh, Cikgu Junainah Haji Yahya, Cikgu Mohd Nasrun Ramlee dan Cikgu Kasmah Mohd Ali.

KAJIAN TERBAIK … Cikgu Razidah Abdul Ghaffar bolot tiga anugerah utama.

Seramai 17 pembentang iaitu 9 pembentang dari SK Lubok Temiang dan 8 pembentang jemputan dari seluruh negara menyertai MAHAKARYA2021 yang diketuai Penyelarasnya, Cikgu Hasnan Md Saad.

Semua pembentang mendapat pingat.

PEMBENTANGAN TERBAK … Cikgu Norhasiken Mohd Dahli.

Pembentangan Kajian Tindakan itu diadili Presiden LARIS Labuan, Dr Hyginus Lester, Pencipta Teknik Kajian Tindakan 12 Langkah, Suriani Alland Rice Oxley dan Pensyarah IPG Kampus Keningau, Samih Kukung.

Majlis penutupan MAHAKARYA2021 yang bertemakan ‘Evolusi Infiniti Melalui Kajian Tindakan’disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Haji Mohamad.

ANUGERAH Khas Juri dimenangi Cikgu Midzmar Harun.

Yusup mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua pembentang, juri dan warga kerja pelaksana terutama penyelaras MAHAKARYA2021, Cikgu Hasnan Md Saad kerana telah berusaha dengan gigih melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Bagi pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan MAHAKARYA2021 – Kolokium Mini Kajian Tindakan Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan pada 26 dan 27 Ogos 2021,”katanya penuh bangga.-Dari AZRI ONN.

scroll to top