SK Lubok Temiang Dan SK Bebuloh Jayakan Program Bakaloi

PROGRAM BAKALOI ... Program Bakaloi membabitkan murid, guru dan ibu bapa SK Lubok Temiang dan SK Bebuloh.

LABUAN: Dua sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) dan SK Bebuloh (SKB) telah berganding bahu menjayakan Program Bakaloi yang diadakan menerusi dua siri iaitu pada 23 Jun dan 4 Julai lalu.

NORHASIKEN

Bakaloi iaitu program kejasama dan kolaboratif serta berganding bahu antara dua orang guru Pemulihan Khas SKLT dan SK Bebuloh, Norhasiken Mohd Dahli dan Siti Hajar Imran serta membabitkan 10 orang murid Pemulihan Khas dari kedua-dua sekolah.

Antara pencapaian Guru Pemulihan Khas SKLT, Norhasiken Mohd Dahli ialah meraih Pingat Emas Dalam Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah Peringkat Kebangsaan.

Beliau yang juga Guru Inovasi Pemulihan Khas SKLT turut memperolehi Pingat Perak Dalam Pertandingan Maitah Berinovasi Peringkat Kebangsaan.

Manakala Siti Hajar Imran yang juga Guru Inovasi Pemulihan Khas SKB pernah memenangi Naib Johan Dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Labuan, Pingat Perak Dalam Pertandingan Maitah Berinovasi Peringkat Kebangsaan dan Pingat Gangsa Dalam Kajian Tindakan 12 Langkah.

SKLT menggunakan kaedah didik hibur dan nombor dalam membaca manakala SKB menggunakan kaedah membaca cepat dengan Selan Osni.

SITI HAJAR

Menurut Norhasiken, antara objektif program tersebut ialah membugarkan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).

Selain itu, mewujudkan program bersemuka secara maya bagi memastikan murid Pemulihan Khas tidak tersisih.

“Program Bakaloi bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi antara guru-guru Pemulihan Khas WP Labuan,”katanya.

Jelas Norhasiken, pihaknya mengadakan empat aktiviti iaitu perkongsian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kemahiran membaca kepada murid pemulihan khas dan taklimat kepada ibu bapa tentang cara mengajar anak kemahiran membaca dengan mudah dan cepat.

“Turut diadakan sesi soal jawab antara guru dan ibu bapa serta kuiz,”tambahnya.

Guru Besar SKLT, Haji Adam Abd Rahim dan Guru Besar SK Bebuloh, Abdul Rahman Salim sentiasa menyokong dan memberi dorongan terhadap usaha dan program ilmu ini.

Haji Adam berkata usaha dan program ini perlu diteruskan dalam kalangan guru-guru Pemulihan Khas.

KONGSI … Norhasiken dan Siti Hajar sedang berkongsi kaedah pengajarannya yang menarik dengan murid-murid yang terlibat.

“Program Bakaloi perlu diadakan lagi demi memastikan kecemerlangan dan kemenjadian murid Pemulihan Khas akan berterusan,”kata Haji Adam.

Program Bakaloi tersebut turut membabitkan dua orang pegawai Jabatan Penddikan Labuan iaitu SISC+ Bahasa Melayu, Hajah Zahara Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Noraini Sabudin.

scroll to top