Perkukuh parti kita demi masa depan bersama

CENDERA HATI…Salmi (kiri) menyampaikan  cendera hati kepada Datuk Ismarah sebagai perasmi.

KOTA MARUDU : Ahli-ahli Umno  dinasihatkan  agar sentiasa memupuk semangat perpaduan di antara satu sama lain sesuai dengan semangat  satu Keluarga Malaysia, kata Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Datuk Ismarah Madcassar.

Beliau berkata, menyantuni masyarakat berbilang kaum bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kalau  perjuangan tulus dan ikhlas, sudah pasti tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

“Kukuhkan persaudaraan dan  persahabatan demi kemakmuran bersama, bimbing rakan-rakan yang baru menyertai parti Umno dan santuni mereka yang baru  didaftarkan sebagai pengundi muda agar mereka berada di landasan yang betul,” katanya.

WANITA…Ismarah, Salmi, Arsad  dan Pemerhati serta Ajk Umno Bahagian, Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Bahagian mengabadikan gambar kenangan dimajlis itu.

Beliau berkata demikian ketika  Majlis Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu di Hexan Hotel dekat sini baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Salmi Salim berkata,  wanita adalah  tulang belakang   dan nadi penggerak parti secara menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli pergerakan Wanita Umno sama ada di peringkat akar umbi mahu pun bahagian, sekiranya calon UMNO tidak terpilih,  jangan sekali-kali sabotaj calon yang mewakili Barisan Nasional .

PERSIDANGAN PEMUDA… Arshad dan pemerhati Abdul Rahim Jelani merakamkan gambar kenangan bersama para perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu.

“Sebaliknya kita teruskan usaha membantu agar kemenangan memihak kepada Barisan Nasional dan dapat kembali menawan Putra Jaya selepas PRU nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah Arshad Mohd Yusof mengucapkan tahniah kepada semua ahli-ahli Umno khususnya pergerakan Pemuda Umno yang sehingga ke hari ini masih bertahan ketika yang  lain sudah berhijrah ke parti lain.

Arshad menyeru ahli-ahli pergerakan pemuda Umno berganding bahu membantu memberi sokongan padu kepada calon Umno/BN semasa pilihan raya nanti.

Dalam majlis itu, seramai 10 orang wakil pergerakan wanita terpilih  ke Persidangan Umno Bahagian Kota Marudu  yang terdiri dari, Kee Siti Zahara Aishah Kee Maidin, Kasmah Ismail, Rohwin Junick, Sarinah Omar, Gladys Junick, Saifizah Kahar, Raine Ramlie, Aminah Arifin, Rose Asikin dan Jamilah Chupoi

Dua orang wakil Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu ke Perhimpunan Agung Umno di PWTC Kuala Lumpur iaitu Sarinah Omar dan Gladys Junick.

CENDERA KENANGAN…Arshad  ( kiri ) turut menyampaikan cendera kenangan  kepada Datuk Ismarah.

10 orang wakil Pergerakan Pemuda Umno ke Persidangan Umno Bahagian Kota Marudu pula terdiri dari, Wilder Majaya, Mohammad  Razif Mazlan, Mohd. Qushairi Shah Abdullah, Husaini Dato Hussein, Badly  Tuyundo,  Rusli Manjah,  Arifin Asmara, Rusdi Ali,  Nazmi Jikal dan Bining Pangadap.

Dua orang wakil Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu ke Perhimpunan Agung Umno di PWTC Kuala Lumpur iaitu  Mohd. Qushairi Shah Abdullah dan Nezam Jikal.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah Bahagian Kota Belud  Salmah Ramdan sebagai pemerhati Persidangan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Marudu.

Manakala Ketua Pegerakan Pemuda Umno Bahagian Kimanis Abdul Rahim Jelani sebagai pemerhati Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Marudu.

Hadir sama Naib Ketua Umno Bahagian Muslie Haji Oting, dan Setiausaha Umno Bahagian Rahim Omar mengetuai ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kota Marudu.

scroll to top