MHD. IRFAN lahir di Pariaman, 26 September. Sedang menyelesaikan studi di jurusan Sastra Indonesia Unand. Menulis puisi dan cerpen. Tulisan pernah dimuat di beberapa media cetak dan daring. Bergiat di Bengkel Seni Tradisional Minangkabau (BSTM), Labor Penulisan Kreatif (LPK), dan Lab. Pauh9.

TUANKU UTARA

Serupa hujan, ia mengalir di pipimu,
hidup kita menjadi batu-batu berlumut di tubir tebing,
menunggu erosi datang melanda curam,
Tuanku masih menggenggam kopi-kopi,
pecah, merebak gerutu kesekian kali,
Ulanda merentangkan tangan-tangannya,
di timur, selatan, barat telah berada di tali kekang,
seorang penunggang dagang.
Mereka melepas rengek-rengek ringan,
hutan berangsur menjadi pondok-pondok kering,
kian meluas,
hari ini peti mati seharga panen seribu hari,
aih, kita menanti harap tak berkesudahan,
hingga penantian ialah akar-akar serabut dari gambut.
Tuanku muda, gema peragat dari kawat berduri,
menjelma cawat tembaga di lekuk-lekuk perempuan kita,
tak sekalipun tanah menyeberangkan keibaan,
sabak kesekian menerjang dada bersesak desah,
rimbun katanya telah dipancung nikmat berkabar,
lantas adakah kuda dengan ringkik membahana,
berketipak menderap ketaksaan yang gamang,
dan melajangi rimba-rimbamu penuh lendir keserakahan?

  • Kandang Pedati, 2022

 

 

ORANG PESISIRAN

Teluh telah kurapal,
badai pasang menaik pitam di hantaran pantai barat,
desau angin membentuk kerucut yang kian meninggi,
petir menyambar.
Telah kuhafalkan mata angin menuju rantai makanan,
telah kunisbikan langkah-langkah tak gentar,
meski sauh kapal menyeretku dari lautan entah,
aku tetap mendayung.
Selagi camar masih terbang di langit,
selagi laut masih bergaram,
selagi angin masih bertiup,
kapalku tetap berlabuh di tepian.
Meski ombak gadang menghadang,
gelombang pasang menerjang,
tiada ‘kan kalah dari rindu seorang bapak kepada anak,
dan doa seorang istri kepada suami.

  • Kandang Pedati, 2022

 

RENGEK TAK BERKESUDAHAN

Berkali-kali menghempas ke tepian,
bagaikan rengek seirama riak gelombang,
jemari Gandoriah menyimpan kaba lama,
benteng pertahanan datang dari berbagai negeri.
Membawa laut tak bersimpang,
tempat kapal-kapal gadang tersemat pilu mendalam,
di antara yang membawa peragat perang,
menghantam pesisiran.
Orang-orang pesisiran, masa yang begolak,
sauh dialamatkan ke negeri seberang,
tiada kata selain rindu yang terbentang ke rumah,
istri menanti dalam resah.

  • Kandang Pedati, 2022

 

RAFIZI ISHA atau nama sebenarnya Mohd Rafizi bin Mohd Isha berasal dari Melaka..Aktif menulis puisi dalam beberapa antologi bersama IPM, GAPENA,Jurnal Pemuisi, esei dan cerpen sejak 2009. Merupakan ahli dan Setiausaha Ikatan Persuratan Melayu ( MELAKA). Pernah bertugas di SMK Long Lama, Baram Sarawak selama 3 tahun sebagai seorang guru. Kini menetap di Melaka.

 

DI SEBALIK AWAN NAN BIRU

Dari jauhku termenung
Melihat ke luar jendela
Burung besi berterbangan dari haruk pikuk
Ke pekan ketenangan
Demi tugas dan amanah
Kupikul gagah

Biarpun kini jadi sejarah
Kenangan tidak mudah terpadam
Masih segar dalam peti ingatan
Lukisan alam indah permai
Cantik pakaian sikap disulam perpaduan
Leluhur tegap jadi pegangan

Perjalananku
Disebalik awan nan biru
Bukan sia-sia
Kubungkuskan memori ini dalam kantung pengalaman
Demi bekalanku kelak
Mengharungi denai cabaran
Buat sisa hidupku dalam gelanggang pendidikan

Aku kan tersenyum
Bila ia limpas kembali
Dalam angan dan realiti

  • Rafizi Isha
    Melaka

 

DI SUNGAI MERDEKA INI

Sejuk mata memandang
Terbentang luas permaidani alam
Pokok menghijau tinggi melambai
Memberikan seribu ketenangan buat nafsu pandangan
Sambil mendengar susunan nada alir sungai
Deras berlari menolak bongkah balak menyembah bumi

Lihatlah di sungai merdeka ini
Hidupannya bebas berenang dan menari
Tiada kesengsaraan walaupun arus derasnya
Hanya memberikan manfaat kepada sekalian yang ada
Kita tidak akan merdeka
Selagi diri kita tidak dibebaskan seperti sungai ini
Tiada ombak kesombongan yang menghempas sampan kemanusiaan
Tiada kepala air yang melanggar kesucian nurani kita
Cuma kebaikan yang dipercikkan
Apabila gigi air menyentuh dinding perpaduan
Antara kita, manusia dan alam ini

Dibalik lukisan alam ini
Terpalit sedikit kekotoran hati
Kerakusan menjadi pakaian menutup kebatilan
Ketamakkan menjadi sepatu menggalas kaki keuntungan
Bagaimana alam ini mahu menuntut kemerdekaan
Sedangkan air sungai yang mengalir itu
Ditaburi tuba keegoan demi kepentingan harga diri

Seringkali kita menyebut
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Namun hati kita tidak sejernih sungai yang merdeka ini
Di manakah semangat itu
Janganlah hanya di bibir melafazkan kalimat azimat
Sedangkan di hati tidak pernah rasa peduli
Kebebasan yang dikecapi tidak diazalikan pada alam
Pencemaran sungai, udara mahupun kepada tanah bertuah ini
Jadi bukti kita masih belum merdeka lagi
Apakah kita tidak malu?
Dengan sang pencipta?

Di sungai merdeka ini
Muhasabah diri demi mengenal erti kemerdekaan sejati
Demi negara yang tercinta ini

  • Rafizi Isha, IPM, MELAKA.

 

HEMBUSAN RINDU (BUAT LONG LAMA)

Masih segar tinta mula
Kali pertama kaki menyukat sejuk
Sungai megah nadi masyarakat
Di hilir Long Lama ku menatap
Indah permai lukisan damai
Menyentuh hati menggamit memori

2012 tahun bertuah
Kutabur bakti di sini
Bersama anak-anak peribumi
Menebas semak samun diri
Demi jalan sebuah impian realisasi
Kutunjuk laluan dengan tuju usaha
Tekad semangat ngap sayot sentiasa
Tiba masa kau mengubah dunia
Banggakan penat lelah kesayangan hamba

Hembusan rindu ini buatmu
Kenangan manis kemas terpahat
Kehijauan saujana mata nan memandang
Bau hutan serta wangi sungai tiap kali teringat
Anak didik pengubat keringat
Laungkan jihad peradaban ligat
Hidupmu sekali jangan sepi
Sebarkan kebaikan asbab penyeri
Biar tersenyum di lain hari

  • Rafizi Isha, Melaka
    Januari 2022

 

 

scroll to top