Puisi Pilihan 360 Minggu Ini

HAJI MUKADIS HAJI MAJID atau nama penanya R Disma dilahirkan di Kampung Kiandut Pitas. Beliau mendapat Pendidikan darjah 1 hingga VI (1964-1968) di Government Primary School Kudat.Kemudian melanjutkan pelajaran dari Form 1 hingga Form V di Government Secondary School Kudar dan mendapat sijil MCE pada 1974. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Kerani di Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1974 hingga 1996 kemudian Office Supervisor di Borneo Samudera Sendirian Berhad (BSSB) dari tahun 1996-2012. Mula menulis sejak di bangku sekolah.Puisinya pernah tersiar dalam Majalah Perintus Sarawak (1972-1974) RTM Sabah 1975. Karyanya juga pernah tersiar di Daily Ekspres dan New Sabah Times bermula 2004 lagi. Haji Mukadis pernah menang Hadiah puisi, menulis esei dan khutbah dalam peraduan anjuran UMS tahun 2014. Beliau juga pernah menang peraduan menulis cerpen anjuran Sabah Times, Bahasa dan Sedco tahun 2012/2013. Kini menetap di Kampung Pompod Kota Belud.

AKU COVID19

Tuhan bertitah turun kau ke bumi,
Dekati manusia pengotor haluba,
Suka bergaul tanpa batasnya,
Berseronok dan berpesta lupa rumah,
Tularkan virusmu kepada mereka,
Biar mereka musnah semua!

Serang mereka yang alpa dan leka,
Meratah makanan yang kotor hina,
Apa tah lagi yang lazat dan sedap,
Gaji sebulan dihabiskan makan,
Di tandas jua semua disimpan,

Lantas kuturuti perintahnya Tuhan,
Negara China destinasiku tujuan,
Penduduknya alpa hukum Tuhan,
Mudah sangat tempat pembiakan,
Virus jenin kutular dan sebarkan,
Merebak pantas mencabut nyawa insan.

Misi kuteruskan keliling dunia,
Cepat merebak di kalangan manusia,
Melancong dan mengambara mereka,
Memudahkan virusku menular segera,
Apa tah lagi ketika mereka bergaul mesra,
Aktiflah virusku membaham mereka.

Wahai sekelian manusia!
Insaflah dan bertaubat nasuhalah,
Patuhi perintah Tuhan yang berkuasa,
Jaga kebersihan diri sentiasa,
Bergaul biar berbatas jaraknya,
Makan minum yang bersih sahaja,
Pakai pelitup mulut dan hidung sentiasa,
Virusku pasti dapat kamu kawal selia,
Semoga kamu selamat daripada murkanya Allah!

Karya: R.Disma
Kota Marudu
10.07.2021

scroll to top