Puisi Pilihan Sabah360 Minggu Ini

SAIRIE @ Rosina binti Adun atau lebih selesa dengan nama pena Intan Rosina berasal dari Kampung Langob, Tandek, Kota Marudu Sabah. Beliau mula mengasah bakat dalam karya penulisan pada tahun 1984.Namun selepas menyepi beberapa tahun bidang penulisan kerana komitmen yang tidak dapat dielakkan, Intan Rosina kini Kembali aktiif menulis sejak tahun 2016. Beberapa buah puisi dan cerpennya pernah tersiar di akhbar tempatan. Buku puisi persendirian, Ilustrasi Puisiku Bukan Semudah Bicara baru saja diterbitkan.

 

BULAN MERDEKA ERA 2020-an

Ogos tiba lagi dalam bayangan

pengalaman manis perarakan

sepanjang jalan disemarakkan

padang merdeka padat perbarisan

lagu patriotik dikumandangkan

berputar dalam kenangan

bulan merdeka era 2020an

semarakkan malaysia tanah airku

generasi muda menyambut aman

inovasi maya digital disalurkan

kita harum negara bendera dikibarkan

setiap bangunan dipasangkan

pelusuk lokasi bendera malaysia dipacakkan

inilah janji padu kita meraikan

hari merdeka tetap disemarakkan

disaat melawan musuh halimunan

wabak pandemik disingkirkan

disiplin rakyat setia berkewajipan

jarak diri mengelak penularan

Merdeka semua dalam kemenangan

Selamat Hari Malaysia diucapkan

Sabah Maju Jaya kita senandungkan

Merdeka….! Laungan diabadikan

warisan anak-anak merdeka sekalian.

Alhamdulillah. Aamiin.

 

Intan Rosina

UUC Kota Kinabalu

12.07.2021

 

 

MAHADI Katakan yang haq

engkau sering menduga akalku

kerdipan mataku membayangkan dirimu

aku keliru bertambah tidak tahu

mindaku berkecamuk nada riangmu

setiap pameran kata-katamu

mengundang pelbagai madah celaru

bersaksi mustika kata-katamu

umpama citra lagenda itu milikmu

bercanda singgahsana di langit biru

menjanjikan titah dirgahayu

cuma perhiasan manis janjimu

nokhtahkan tipu-helah rekaanmu

menanti anugeraha menghiris sembilu

yang teraniaya pasti akan bersatu

doa mukjizat memberi maksud dituju

Mahadi katakan yang haq itu

hanya Allah yang berkuasa dan maha tahu

kembalilah kepada-nya yang SATU.

masya-allah… Allahu.

 

Intan Rosina

Karambunai KK.

11.07.2021.

 

Tenang wajahnya

(buat keluarga mendiang

Mell@mimi kembali disisi Tuhannya)

 

Bersabar dan berkuat hati

ahli keluarga yang ditinggalkan

bertawakal wahai sahabat handai

rakan sekerja sebumbung tersayang

Mell@mimi staf SMK Pinawantai Kudat

28 Jun 2021 dirangkul harumnya nama

perginya tanpa meninggalkan pesan

walau nota kata akhir cintanya

meruntun hiba rasa kasih kekasih

sungguh mindanya suci bersih

lapang hatinya pasrah

ketenangan wajahnya

redha dengan panggilan

Tuhan yang esa menemaninya

melalui alam dunia baru

salam takziah semua keluarga

yang turut mengenali kekasihnya

pasti ada budi cinta buat dirinya

relakan dia aman melangkah pergi

diiringi satu bunga cinta dihatinya abadi

menghadap Tuhan kekasih sejatinya.

Amin.

 

Intan Rosina

Kota Kinabalu

29.06.2021.

scroll to top