Yang Pergi Takkan Kembali

Takdir juga menentukan segalanya apa bila suami Arya tetiba stroke dan terpaksa dirawat di hospital. Penyakit darah tinggi suami Arya rupanya membalukan Arya selepas tujuh bulan keluar masuk hospital. Kesian Arya kesepian dalam biliknya tanpa teman di sisi.

Karya HAJI MUKADIS BIN HAJI MAJID @ R.DISMA

“MENGAPA kita bersama akhirnya ya bang. Abang sudah buang ambil, buang ambil ayang ini persis sampah tak berguna, di muka buku…” ujar Arya selepas menikmati malam pertama mereka di bilik yang penuh indah dengan hiasan tradisional busana suku kaum Bajau itu. Pak Haji yang menganggap isterinya persis seekor burung merpati, jinak bergaul ditangkap pergi, masih berkhayal. Tidak percaya dia dapat menikahi Arya akhirnya.

“Bijak sunggoh Allah swt itu merancang dan mengatur perjodohan manusia. Mulanya kita hanya beradik angkat di muka buku, sebab kita masih dimiliki pasangan kita. Juga kerana kita masing-masing sangat mencintai dan menyayangi mereka. Abang memang sangat cinta dan sayang kepada arwah isteri abang itu. Masa itu abang tidak mahu kehilangan dia…” ujar Tuan Haji.

“Ayang juga..!” Celah Arya tanpa menunggu suaminya menghabiskan bualan.

“Ayang tahukah kenapa abang buang dan blok ayang dari facebook abang?” Tuan Haji bagi peluang isterinya menjawab. Sebab dia menyampuk tadi. Namun Arya hanya menggoyangkan kepalanya ke kanan dan kiri dengan muka bodohnya. Membiarkan Pak Haji menjelaskan seikhlas hatinya.

“Bijak sunggoh Allah swt itu merancang dan mengatur perjodohan manusia. Mulanya kita hanya beradik angkat di muka buku, sebab kita masih dimiliki pasangan kita. Juga kerana kita masing-masing sangat mencintai dan menyayangi mereka. Abang memang sangat cinta dan sayang kepada arwah isteri abang itu. Masa itu abang tidak mahu kehilangan dia…” (GAMBAR HIASAN)

“Sebab abang menjaga hati arwah isteri abang daripada menaruh perasaan curiga dan cemburu kepada hubungan kita di alam maya, beradik angkat itu kepada sangkaan berkekasih…” Tuan Haji berhenti menghela nafasnya, sambil mengucup dahi isterinya.

Arya yang manja persis kanak-kanak itu bertambahlah naik minyaknya. Mereka masih tersadai di atas tilam empok yang Arya beli khas daripada duit hantaran RM12K Tuan Haji, untuk perkahwinan mereka.

“Abang takut kalau abang teruskan hubungan kita, ianya bisa melahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, yang akhirnya meruntuhkan rumah tangga abang…” Ujar Tuan Haji, membuka pekung di dada.

Takdir juga menentukan segalanya apa bila suami Arya tetiba stroke dan terpaksa dirawat di hospital. Penyakit darah tinggi suami Arya rupanya membalukan Arya selepas tujuh bulan keluar masuk hospital. (GAMBAR HIASAN).

” Abang.., ayang tidaklah sejahat itu tergamak meruntuhkan kebahagian keluarga abang angkat ayang! Ayang memang tidak berniat pun berkasih dengan abang. Ayang tidak mahu dicap Perampas suami orang. Sebab itu ayang minta pada abang di permulaan ikatan persahabatan kita disimpul, sebagai adik dan abang angkat sahaja..” Sampuk Arya.

“Eya, abang faham. Tapi abang ini yang sukar menahan perasaan hati yang persis sekuntum bunga mula berkuncup sayangnya kepada Arya. Arwah hajah isteri abang pernah menawarkan abang untuk mengambil Arya menjadi isteri abang. Tetapi dengan syarat dia abang lepaskan.” Tuan Haji membelai rambut Arya penuh kasih sayang.

“Abang tidak bersetuju dan tidak rela kehilangan dia sebab cinta abang kepadanya sangat mendalam. Sedalam lautan Atlantik. Sehingga sekarang pun cinta abang masih lekat kepadanya…!” Ujar Tuan Haji berterus terang.

“Ya abangku sayang. Ayang faham. Ayang juga sedemikian, walau pun arwah suami ayang telah lima tahun pergi menyahut seruan Illahi, namun cinta dan kasih sayang ayang kepadanya masih ada. Ayang minta maaf abangku sayang..” Ujar Arya ikhlas.

Tetiba saja Hajah isteri Tuan Haji diserang kanser tekak yang juga berjaya mendudakan Tuan Haji selepas tujuh purnama isteri tercinta keluar masuk hospital meminta rawatan, namun gagal diselamatkan doktor-doktor pakar perubatan yang arif dengan penyakit kanser. (GAMBAR HIASAN).

” Kita sama-sama melaluinya sayang. Tak apa…” Ujar Tuan Haji sambil membelai rambut isterinya penuh mesra dan kasih sayang. Apa lagi Arya yang kaki manja semakin melonjaklah manjanya.

Allah swt memang sangat bijak merancang dan mengatur perjodohan mereka. Ketika mereka mula berkenalan di facebook sembilan tahun lepas kedua pasangan mereka masih hidup lagi. Mereka bersahabat akrab yang akhirnya membawa ikatan tali persaudaraan adik dan abang angkat. Setiap malam mereka bersembang melalui muka buku.

Persahabatan akrab mereka sebagai adek beradik angkat itu kekadang tercemar juga dek perasaan kasih sayang yang membawa kepada percintaan Qais dan Laila. Tetapi Arya sebagai wanita yang berfikiran jauh ke hadapan, tidak melayan sentuhan kasih Tuan Haji. Dia tidak mahu meruntuhkan rumah tangganya dan rumah tangga abang angkatnya.

Takdir juga menentukan segalanya apa bila suami Arya tetiba stroke dan terpaksa dirawat di hospital. Penyakit darah tinggi suami Arya rupanya membalukan Arya selepas tujuh bulan keluar masuk hospital. Kesian Arya kesepian dalam biliknya tanpa teman di sisi.

Dia meluahkan perasaan sepi dan kerinduannya atas pemergian arwah suaminya, kepada abang angkatnya melalui sembang mereka di muka buku. Tuan haji hanya mampu memberikan kata nasihat dan semangat untuk bersabar menempuh ujian Allah swt ketika itu.

Perasaan simpati Tuan Haji kepada Arya menyalakan unggun cintanya yang terpaksa dipendam demi cinta mendalamnya kepada hajah, isteri kesayangannya. Allah telah mengambil suami Arya. Kini Arya duduk menyepi dalam bilik tidur bertemankan komputer riba meneroka alam maya. Ramai sahabat karib dan saudara mara menyapanya yang kekadang dapat menghilangkan sepi dan rindunya kepada arwah suaminya.

Tuan Haji tidak lagi menyapanya di alam maya. Arya kehilangan abang angkat yang tetiba sirna daripada akaun facebooknya.

Tuan Haji telah sekat Arya daripada muncul di skren komputar ribanya. Tuan Haji tidak sanggup mendengar keluhan, rintihan dan tangisan Arya setiap kali mereka berchat.

Perasaan kasihannya membuatkan dia mahu saja menjaga Arya. Tetapi dia masih ada Hajah isterinya. Justeru dia sekat Arya. Dia takut kasih sayangnya kepada Hajah akan terhakis dan beraleh kepada Arya, sebab simpati sangat dek kepedihan yang Arya tanggung ketika itu.

Perancangan Allah yang maha pengasih dan penyayang kepada hambaNya berjalan lancar tanpa diketahui Tuan Haji dan Arya. Tetiba saja Hajah isteri Tuan Haji diserang kanser tekak yang juga berjaya mendudakan Tuan Haji selepas tujuh purnama isteri tercinta keluar masuk hospital meminta rawatan, namun gagal diselamatkan doktor-doktor pakar perubatan yang arif dengan penyakit kanser.

Persahabatan akrab mereka sebagai adek beradik angkat itu kekadang tercemar juga dek perasaan kasih sayang yang membawa kepada percintaan Qais dan Laila. Tetapi Arya sebagai wanita yang berfikiran jauh ke hadapan, tidak melayan sentuhan kasih Tuan Haji. Dia tidak mahu meruntuhkan rumah tangganya dan rumah tangga abang angkatnya. (GAMBAR HIASAN).

Tuan Haji dan Arya kini sama-sama tidak berteman, duda dan balu. Namun Tuan Haji telah melupai Arya. Kesepian dan kerinduannya kepada arwah isterinya tidak dapat dibendung lagi. Setiap minggu dia pasti menziarahi pusara arwah isterinya dan mengadu hal nasibnya ditinggalkan pergi. Dia begitu terseksa. Terseksa menanggung rindu.

Kerinduan selama tiga puluh lapan berkongsi hidup dengan arwah Hajah Roslina tanpa berenggang melebihi seminggu.

Mereka sentiasa bersama ke mana sahaja, bak belangkas. Menunaikan Umrah sekali dan Haji dua kali berdua. Melancong ke seluroh bumi Malaysia dan ke Indonesia berdua. Kecuali masa Tuan Haji berkerja sahaja mereka berpisah lapan ke sepuloh jam dalam sehari.

“Aku tidak boleh biarkan hidupku ini musnah. Aku harus bangkit untuk meneruskan kehidupanku. Arwah Hajahku sudah sah kembali ke rahmahtullah. Sudah sah sedang bersemadi di alam barzakh sana.

“Berkali sudah aku menziarahi pusaranya. Tak sekali pun dia keluar dari persemadiannya dan menemui aku. Dalam mimpi pun dia tidak muncul. Mengapa aku harus menunggu kepulangannya. Dia sudah tenang di alam barzakh sana. Tidak wajar aku mengganggunya dengan menyeru namanya setiap saat dan ketika.

“Biarkanlah dia bersemadi dengan tenang. Aku yang hidup harus meneruskan kehidupan di alam fana ini, seperti nasihat anak-anakku dan kawan-kawanku di muka buku itu…” Jauh sungguh Tuan Haji bermonolog mengenang nasib malang yang baru enam bulan menimpa keluarganya.

Tuan Haji mencari jodoh pengganti teman hidupnya. Dia mahu mencari wanita yang sudah monopouse, yang tidak lagi melahirkan anak. Katanya. Bekas teman-teman sekerja wanita yang telah lama membalu dan menjanda cuba dilamarnya. Namun tiga orang yang dahulunya pernah mengatakan sanggup berkongsi hidup dengannya, jika dia bujang, ketika arwah isterinya masih hidup, kini menolak pula lamarannya dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga semula, setelah sekian lama hidup sendirian.

“Dah teralah bisa tegal biasa.” Kata mereka. Terbiasa sudah hidup sendirian, tidak lagi mahu berrumah tangga. Dan bermacam alasan lagi penolakan diberikan.

Tuan Haji beralih mencari jodohnya di muka buku. Dua orang sahabat muka buku yang sudah berusia dan berstatus janda dan balu ditanya jika sudi menerima dia menjadi Imam dalam rumah tangga.

Mereka juga memohon maaf tidak sudi. Tuan Haji tidak berputus asa. Terlintas juga di kotak mindanya bahawa dia sudah tua, tidak laku lagi. Tiada lagi perempuan yang sanggup berkongsi hidup dengannya. Tetapi dia tidak percaya dengan bisikan hati kecilnya itu.

“Berkali sudah aku menziarahi pusaranya. Tak sekali pun dia keluar dari persemadiannya dan menemui aku. Dalam mimpi pun dia tidak muncul. Mengapa aku harus menunggu kepulangannya. Dia sudah tenang di alam barzakh sana. Tidak wajar aku mengganggunya dengan menyeru namanya setiap saat dan ketika. (GAMBAR HIASAN).

Pencarian jodoh Tuan Haji teruskan kerana rindu dan sepinya kian melangkah ke dunia murung. Dia tidak mahu hatinya dilanda Penyakit Murung yang bisa mematikan akal fikiran untuk berfikir bijak. Dia sudah mula bercakap sendiri. Bercakap dengan potret arwah isterinya yang sengaja dicetaknya dalam saiz 3A dan dibungkus plastik laminit.
Gambar itu sentiasa diletak di tempat duduk arwah isterinya dalam kereta Myvinya, ketika dia memandu sendirian ke Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu. Dia akan bertanya kepada arwah isterinya jika sehat sebelum bergerak ke destinasinya.

Pertanyaan sedemikian biasa dia ajukan kepada arwah isterinya setiap kali mereka menziarahi anak-anak mereka di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu, semasa hayat arwah isterinya.

Di rumah atau dalam bilik hotel di mana saja dia bermalam, gambar itu akan digantung di dinding, depan matanya. Sebelum matanya terlelap lena dia akan membawa arwah isterinya bersembang dengan merenung tajam gambar isterinya yang sentiasa tersenyum itu.

“Cantiknya senyuman ayang itu. Marilah ke sini sayang! Temani abang di sini…abang merinduimu sayang…!” Itulah antara kalimah-kalimah jiwang yang keluar dari mulutnya sebelum terlena. Diungkapnya berulang-ulang.

Dia membayangkan tubuh arwah isterinya keluar daripada laminit gambar seperti seniman Ibrahim Pendek dalam filem Allahyarham P. Ramlee, ketika Ani Buntal membawa Ibrahim Pendek bercakap. Tetapi tidak terjadi. Manakan bisa orang yang sudah mati hidup semula. Yang pergi tak akan kembali lagi.

 

Haji Mukadis Haji Majid atau nama penanya R Disma dilahirkan di Kampung Kiandut Pitas. Beliau mendapat Pendidikan darjah 1 hingga VI (1964-1968) di Government Primary School Kudat.

Kemudian melanjutkan pelajaran dari Form 1 hingga Form V di Government Secondary School Kudar dan mendapat sijil MCE pada 1974. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Kerani di Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1974 hingga 1996 kemudian Office Supervisor di Borneo Samudera Sendirian Berhad (BSSB) dari tahun 1996-2012.

Mula menulis sejak di bangku sekolah.Puisinya pernah tersiar dalam Majalah Perintis Sarawak (1972-1974) RTM Sabah 1975. Karyanya juga pernah tersiar di Daily Ekspres dan New Sabah Times bermula 2004 lagi.

Haji Mukadis pernah menang Hadiah puisi, menulis esei dan khutbah dalam peraduan anjuran UMS tahun 2014. Beliau juga pernah menang peraduan menulis cerpen anjuran Sabah Times, Bahasa dan Sedco tahun 2012/2013.

Cerpen Yang Pergi Takkan Kembali ini siap ditulisnya pada 15 Oktober 2017 di Apas Balung Tawau tetapi baru dihantar untuk siaran.Kini menetap di Kampung Pompod Kota Belud.

scroll to top