ROZELINE VITALIS, penulis kelahiran Kampung Bingkor Keningau pada 26 Januari 1975. Mula menulis sejak di alam persekolahan dalam genre puisi dan cerpen. Beliau banyak menghasilkan karya dan pernah memenangi sayembara penulisan puisi di Sabah.Beliau berharap agar terus berjaya dalam penulisan. Rozeline adalah ahli persatuan Ikatan Penulis Sabah.
CINTAILAH DIRIMU
Cintailah dirimu kerana
engkau amat bermakna
di mata Tuhan
jangan masuki lembah gersang
dan jangan tergoda denan keindahan
duniawi yang penuh
hipokrit dan
membuat engkau tersungkur
ke jurang penuh
terjal
Cintailah dirimu
kerana segala keindahan
ada pada dirimu dan
engkau amat bernilai pada
Keluarga, sahabatmu dan
jasamu amat bernilai pada
nusa dan bangsa
Lantaran itu
Cintaila dirimu kerana
dirimu amat berharga.
MALAM
Dalam kegelapan malam
menyimpan sejuta misteri
dan tiada siapa yang mengetahui
apa yang tersirat di sebalik
kegelapan malam
hanyalah Tuhan yang maha
mengetahui segalanya
Seandainya jemputan-Nya
datang menjemput kita
di malam yang kelam
kita akan berjalan dalam kekelaman
tanpa cahaya yang menyerangi
perjalanan kita kealam
sana
Lantaran itu
bertakwallah dan bertobat
sebelum tirai malam
membuka tirainya
SEBUAH BADAI
Kini sebuah badai
telah menjelma menimpa
alam raya
Penuh tragis dan menakutkan
dan lebih menakutkan dari
melihat puaka
jika kita dilamar olehnya
akan membuat kita hidup
derita dan akhirnya kita
akan kembara ke alam sana
tanpa kembali lagi
Lantaran itu
waspadalah selalu
patuhi SOP dan
berdoalah selalu agar
sebuah badai yang amat
dahysat akan menuntup
tirainya di alam maya.