Karya NORAINI BT ZAKARIA @ JAKARIA
AH SENG memandang wajah Pak Jalil yang sedang menyusun sejumlah kepingan RM100 ke dalam beg plastik berwarna hijau dengan berhati-hati. Kemudian perlahan-lahan membungkus dengan kemas dan melipatnya dengan cermat seraya memasukkan ke dalam kocek belakang seluar coklat lusuhnya. Pak Jalil baru perasan Ah Seng sedang memandangnya. Pak Jalil membalas pendangan itu dengan senyuman.
“Terima kasih sekali lagi Seng, kau sahabat sejati.”
“Tak apa-apa Jalil, sama-sama bantu sahaja.” Dalam pelat Cina Ah Seng menepuk-nepuk bahu kanan Pak Jalil.
“Mari duduk minum kopi dulu Jalil” Ah Seng memaut bahu Pak Jalil. Bersama-sama mereka beriringan melangkah masuk ke kedai selang tiga buah daripada kedai Peralatan Elektrik Ah Seng.
Mereka berkawan baik sejak kecil. Sama-sama membesar di kampung itu seawal tahun 60an apabila bapa Ah Seng mula membuka kedai runcit. Menurut cerita ayah Pak Jalil keluarga Cina ini berasal dari Taiwan. Tak dapat dipastikan pula macam mana mereka boleh masuk ke kampung itu yang pada ketika itu Pegawai Daerah masih dijawat oleh Sir Jonathan Brooke. Bapa Ah Seng dan ayah Pak Jalil pun sedia kala berkawan baik. Sementelahan pula Pak Jalil dan Ah Seng adalah anak lelaki tunggal bagi kedua-dua keluarga itu.

Pak Jalil tidak mampu berkata apa-apa. Perasaannya sangat terharu. Dia tahu Zali tidak mahu ke universiti kerana tak mahu menyusahkan dia. Berapa sangatlah pendapatan bekerja sebagai nelayan. Dua orang kakak Zali pun masih belajar di universiti juga. Pak Jalil faham benar mengapa Zali berkelakuan demikian. (Gambar Hiasan)
“Jalil, aku pun ikut bangga kerana Razali dapat panggilan masuk universiti” Ah Seng masih menepuk-nepuk bahu Pak Jalil. Jelas nampak hidung Pak Jalil kembang kempis mendengar pujian Ah Seng. Anak sulung lelaki memanglah menjadi kebanggaan keluarga. Dapat pula belajar tinggi. Pak Jalil berfikir-fikir sendiri.

“Seng, terima kasih kerana kau faham dan hormat keputusan aku. Biar aku susah macam mana sekali pun, aku tidak akan berhutang Seng” Perlahan tapi jelas kata-kata itu keluar dari mulut berkumis nipis Pak jalil. (Gambar Hiasan).
“Seng, aku bersyukur sangat.” Balas Pak Jalil singkat. Dia tiba-tiba menundukkan kepalanya dan menghela nafas berat.
Sesungguhnya Ah Seng faham apa yang dirasakan oleh Pak Jalil. Membesar bersama-sama merupakan alasan sangat kuat bahawa dia memahami peri laku Pak Jalil ibarat kata pepatah sekilas ikan di air ku tahu jantan betinanya.
“Jalil, kalau kau rasa betul-betul berat hati, kita ikut rancangan yang pertama itu tadi. Aku faham apa kau rasa Jalil, sebab itu aku tak setuju. Tapi kau ni degil!” nada agak keras di hujung ayat itu. Pak Jalil mengangkat kepalanya memandang sahabat baiknya itu.
“Seng, terima kasih kerana kau faham dan hormat keputusan aku. Biar aku susah macam mana sekali pun, aku tidak akan berhutang Seng” Perlahan tapi jelas kata-kata itu keluar dari mulut berkumis nipis Pak jalil.
“Ya lah ya lah.. tak apa, jangan cakap lagi, aku faham, kita sudah sepakat tadi kan.” Ah Seng cepat-cepat menggosok-gosok bahu Pak Jalil pula. Dia tidak mahu suasana gembira tadi bertukar menjadi suram dengan isi perbualan itu. Bagi Ah Seng, kalau bercakap tentang prinsip hidup memang Pak Jalil lah yang menang. Tentu darah ayahnya yang memang terkenal sebagai guru mengajar mengaji dan bersilat itu telah menjadikan dia begitu. Memang Ah Seng percaya perkara ini.
“Seng, aku pulang dulu. Terima kasih sekali lagi.” Pak Jalil bangun sebaik menghabiskan hirupan terakhir di cawan kopi nya. Ah Seng ikut berdiri.
“Ok Jalil, nanti bagitahu bila mau hantar Razali ke UMS tu. Aku pun teringin mahu sampai ke sana, hahaha!” Ah Seng mengingatkan Pak Jalil. Sejak tadi dia memberitahu Pak Jalil bahawa dia akan pandu sendiri keretanya untuk menghantar Razali nanti.
Hilang sahaja Pak Jalil dengan motosikalnya itu, Ah Seng menghela nafas berat. Kasihan sungguh dia kepada Pak Jalil yang terpaksa membuat keputusan berat begitu demi mendapatkan wang untuk anaknya melanjutkan pelajaran.

Sesungguhnya Ah Seng faham apa yang dirasakan oleh Pak Jalil. Membesar bersama-sama merupakan alasan sangat kuat bahawa dia memahami peri laku Pak Jalil ibarat kata pepatah sekilas ikan di air ku tahu jantan betinanya. (Gambar Hiasan).
Ah Seng teringat pula dengan dua orang anak lelakinya yang sedang berada di kampung halaman mereka di Taiwan. Ah Seng telah menghantar mereka ke sana untuk belajar kerana pesanan daripada ayahnya. Tinggal lagi Meimei anak perempuan bongsunya bersama-sama dia dan isterinya meneruskan perniagaan di kampung itu. Meimei baru sahaja berusia 16 tahun dan tahun hadapan dia akan mengikut jejak abang-abangnya untuk melanjutkan pendidikan di Taiwan.
Pak Jalil menongkat motosikalnya betul-betul di hadapan tangga rumah. Razali tiba-tiba tersembul di muka pintu dengan topi jerami menutupi kepalanya dan baju kemeja panjang tangan membaluti tubuhnya. Tangan kanannya memegang bakul yang Pak Jalil maklum apa isi di dalamnya.
“Ha Zali, mau ke mana tu petang-petang ni?” Tanya Pak Jalil seraya menghulurkan bungkusan roti canai yang dibelinya di gerai Cik Som di hujung kampung.

Sampan itu banyak jasa kepada keluarga Pak Jalil. Selain daripada untuk menyara keluarga, sampan itu jugalah yang digunakan untuk menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya yang bersekolah menengah di pekan seberang. (Gamnar Hiasan).
“Laa ayah tanya, Zali mau ke jeti la, pukat yang kita guna dua hari lalu tu ada koyak sikit jadi Zali mau jahit. Nanti kan mahu diguna balik. Subuh ni kita jadi turun ke laut kah ayah? Dua hari sudah kita tidak ke laut ni.” Zali menjawab panjang lebar sambil menyambut bungkusan yang disua ayahnya. Pak Jali terdiam terus naik ke rumah.
Zali kelam kabut meletak bakul di muka tangga dan membuntut ayahnya terus ke dapur. Mesti ayahnya mahu minum kopi dengan roti canai tu, bisik hati kecilnya. Tangannya cekap sahaja mencapai sebiji cawan, membuka tin kopi dan menyudu mengikut sukatan biasa lalu membuka balang gula.

Seawal umur 7 tahun, Zali sudah mengikut ayahnya menjala ikan dan Zali tidak pernah bersungut meskipun ada ketika mereka pulang dengan tangan kosong. Kental sungguh jiwa anak lelaki nan sorangnya itu. Pak Jalil tak dapat menyembunyikan kebanggaannya sendiri. (Gambar Hiasan)
“Ayah dah minum baru tadi, tak payah buatkan kopi. Mak kamu mana?” Pak Jalil duduk di kerusi meja makan yang berusia sama dengan anak lelaki sulungnya itu. Kayu Merbau kata Jusuh Tukang, memang tahan lasak buat perabot.
“Mak ke rumah Makcik Siah hantar kain langsir yang sudah siap jahit tu.” Razali membuka bungkusan roti canai dan menyusun dengan elok bersama-sama kuah kari cair nya. Terus saja dia duduk dan mula mengoyakkan roti canai yang memang menjadi kegemarannya sejak dia kecil.
“Zali, bila tarikh akhir bayar pendaftaran universiti tu?” Tanya Pak Jalil tiba-tiba. Zali berhenti menyuap dan memandang ke wajah ayahnya.
“Tak apa lah ayah, Zali tak mahu pergi pun. Banyak lagi kerja boleh Zali buat. Zali boleh ke laut, jaga ayah dengan mak.” Zali tersenyum dan mula menyuap kembali.
Pak Jalil memandang wajah anak lelakinya dengan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Seingatnya Razali ni boleh tahan juga keras hatinya. Biasanya apa yang dia katakan akan dibuatnya. Ini Pak Jalil tahu benar. Tapi dalam soal ini, Pak Jalil tak boleh biarkan anak lelaki sorangnya itu membuat pilihan sendiri.
“Zali, ayah dah buat keputusan, Zali kena masuk universiti sambung belajar.” Pak Jalil berkata perlahan. Dia tahu membincangkan perkara ini dengan Razali mestilah menggunakan cara hikmah. Faham benar dia dengan perangai Razali yang tidak suka dipaksa-paksa jadi dia perlu memujuk dengan lembut begitu.
“Tak apa ayah, tak masuk universiti bukan bermakna gagal dalam hidup” Zali membalas kata-kata ayahnya dengan nada yang sama. Tapi kali ini dia tidak mengangkat wajahnya malah terus sahaja mencubit roti canai, menyicah kuah kari dan memasukkan ke mulutnya dengan tenang.
“Zali, ayah ada duit untuk bayar pendaftaran tu, Zali jangan risau..” Pak Jalil menjelaskan hasratnya.
Tiba-tiba Zali berdiri, menuju ke singki membasuh tangannya, mencapai semula topi jeraminya dan menuju ke pintu dapur. Dia berhenti seketika. Dia berpaling dan kembali ke meja makan, mencapai tudung saji menutup roti canai dan kuah kari tadi dan berjalan keluar melalui pintu dapur semula tanpa menoleh kepada ayahnya.
Pak Jalil tidak mampu berkata apa-apa. Perasaannya sangat terharu. Dia tahu Zali tidak mahu ke universiti kerana tak mahu menyusahkan dia. Berapa sangatlah pendapatan bekerja sebagai nelayan. Dua orang kakak Zali pun masih belajar di universiti juga. Pak Jalil faham benar mengapa Zali berkelakuan demikian.

Rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap pelajaran anaknya adalah lebih utama. Sebagaimana ibu bapa lain, Pak Jalil juga sedar pentingnya pelajaran untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga kelak. Dia mahu anak-anaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik kerana ada kelulusan yang tinggi. (Gambar Hiasan).
Tapi Pak Jalil sangat bersyukur kepada Tuhan kerana terus diberi rezeki untuk dia menanggung keluarganya. Dia masih dapat mengirim wang belanja kepada kedua-dua orang kakak Zali lagipun yuran pengajian adalah ditanggung oleh PTPTN, Sementelaah mereka sendiri bertiga di rumah belum pernah pula kelaparan tanpa makanan.
Pak Jalil berfikir-fikir mcam mana dia dapat meyakinkan Zali untuk meneruskan pengajiannya . Di samping itu dia juga diselubungi kerisauan menjelaskan kepada Zali bahawa sampannya telah dia jual kepada Ah Seng tadi dan wang itu adalah untuk membayar urusan pendaftaran Zali.
Sampan itu berusia sama dengan Zali. Pak Jalil ingat benar bagaimana dia telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan dari kilang proses minyak kelapa sawit kerana kilang tersebut ditutup operasinya. Sebagai pekerja yang telah berkhidmat lebih daripada sepuluh tahun , dia mendapat sedikit sagu hati dan dengan duit itu lah dia membeli sampan untuk kelangsungan menyara keluarganya.
Zali sendiri sangat berminat dengan kerja-kerja menjala ikan. Atok Zali tu nelayan yang berani, Pak Jali selalu bercerita tentang kehebatan ayahnya kepada Zali sewaktu mereka berdua berada di dalam sampan itu. Seawal umur 7 tahun, Zali sudah mengikut ayahnya menjala ikan dan Zali tidak pernah bersungut meskipun ada ketika mereka pulang dengan tangan kosong. Kental sungguh jiwa anak lelaki nan sorangnya itu. Pak Jalil tak dapat menyembunyikan kebanggaannya sendiri.
Sampan itu banyak jasa kepada keluarga Pak Jalil. Selain daripada untuk menyara keluarga, sampan itu jugalah yang digunakan untuk menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya yang bersekolah menengah di pekan seberang.
Di samping itu dapat juga dia membantu membawa anak-anak kawan sekampungnya. Ada ketika pula masa-masa kecemasan kerana sakit dan kemalangan, sampan Pak Jalil ini jugalah yang cepat memberikan kidmatnya.
Sukar untuk membuat keputusan itu. Memilih antara pendapatan untuk menyara keluarga dengan pelajaran anak-anak. Bagaimanapun ibarat kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, ini memberi tekad kuat kepada Pak Jalil untuk mengambil keputusan yang dia yakin adalah tepat.
Rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap pelajaran anaknya adalah lebih utama. Sebagaimana ibu bapa lain, Pak Jalil juga sedar pentingnya pelajaran untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga kelak. Dia mahu anak-anaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik kerana ada kelulusan yang tinggi.
Meskipun dia mungkin tak sempat menikmati semua itu, dia tetap menaruh harapan anak-anaknya mempunyai kehidupan yang jauh lebih selesa daripada kehidupan mereka sekarang.

Sampan itu berusia sama dengan Zali. Pak Jalil ingat benar bagaimana dia telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan dari kilang proses minyak kelapa sawit kerana kilang tersebut ditutup operasinya. Sebagai pekerja yang telah berkhidmat lebih daripada sepuluh tahun , dia mendapat sedikit sagu hati dan dengan duit itu lah dia membeli sampan untuk kelangsungan menyara keluarganya. (Gambar Hiasan).
Apalah sangat sebuah sampan berbanding dengan harapannya itu. Pak Jalil mengilas punggungnya di bendul pintu, sambil melihat Zali yang sedang menyirat jala di hujung beranda. Luluh hatinya mengingatkan anaknya yang penyabar itu akan bersedih apabila mengetahui sampan sudah dia jual.
Tapi Pak Jalil bertekad untuk meneruskan pembelajaran Zali dan tak akan menerima apa jua alasan Zali kelak. Dia percaya dan yakin kepada rezeki yang Tuhan pasti beri kepadanya demi pengorbanan ini. Pak Jalil juga percaya lambat laun Zali pasti memahami tindakan dan keputusan yang dia ambil.
“Ayah, tak tidur lagi?” Zali menoleh memandang ayahnya yang datang menghampiri.“Zali, sampan tu ayah dah jual.” Perlahan tapi jelas suara Pak Jalil kedengaran datar.
Selumbar coban tertusuk ke jari Zali.
****NORAINI BT ZAKARIA @ JAKARIA bertugas di IPG Kampus Tawau Sabah. Meminati bidang sastera karya drama, teater, puisi dan naratif dan mula menulis sajak, cerpen, skrip teater dan puisi tradisional sejak tahun 1984.Karya berbentuk sajak, cerpen dan artikel diterbitkan di akhbar tempatan